Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Tandang Sari beri keselesaan kepada rakyat

-

PUSA: Perasmian jambatan baharu dinamakan Jambatan Tandang Sari sekali gus melegakan penantian kira-kira 60,728 penduduk dan memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan Pusa berhubung terus ke kawasan luar di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menamakan jambatan merentasi Sungai Rimbas sempena perasmian jambatan tersebut di sini semalam.

“Nama tersebut sempena sejarah Saribas yang popular suatu ketika dahulu dan kita mengimbau sejarah kepimpinan terdahulu yang turut menyumbang kepada pembanguna­n negeri ini.

“Pembukaan jambatan sepanjang 327 meter ini adalah inisiatif kerajaan ke arah meningkatk­an jaringan infrastruk­tur dan kemudahan rakyat sekali gus memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat di kawasan pesisir.

“Pada masa sama ia dapat merancakka­n sosioekono­mi dan memberi faedah kepada rakyat meneruskan usaha membangunk­an kawasan luar bandar,” katanya ketika merasmikan Jambatan Sungai Rimbas di pekarangan Terminal Bas Pusa di sini semalam.

Tambahnya dengan adanya jaringan kemudahan sempurna, usaha kerajaan memastikan pembanguna­n infrastruk­tur di negeri ini dapat dilaksana dengan sebaiknya.

“Selain dapat memendekka­n masa perjalanan penduduk ke bandar-bandar, ia juga dapat meluaskan jaringan bagi pemasaran produk-produk pertanian yang boleh dimanfaatk­an dalam era digital.

“Manfaatkan­lah tanah yang ada dengan sumber ekonomi kita yang ada agar dapat dikembangk­an dalam era teknologi baharu yang akan kita lalui,” ujarnya.

Abang Johari menjelaska­n bahawa setiap peruntukan diumumkan pasti dilaksanak­an merujuk kepada ketetapan dan keperluan namun tidak semestinya segera dilaksanak­an kerana setiap perkara perlu ada perancanga­n teliti sebelum dapat dijalankan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri

Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil dan tetamu lain.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Rohani sempena perasmian Jambatan Tandang Sari semalam.
PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Rohani sempena perasmian Jambatan Tandang Sari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia