Utusan Borneo (Sarawak)

Enam cawangan MACF ditubuhkan di Sarawak

-

SIBU: Sebanyak enam cawangan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MACF) ditubuhkan di Sarawak, kata Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee.

Pengerusi MACF Sarawak itu berkata kita sebenarnya dikerahkan MACF peringkat kebangsaan supaya menubuhkan cawangan di setiap IPD seluruh negeri sebanyak 28 cawangan.

“Tetapi ketika ini kita bercadang menubuhkan hanya enam sahaja iaitu di Miri, Limbang, Sibu, Bintulu, Betong dan Kuching.

“Penubuhan cawanganca­wangan ini hanya tertumpu di bandar besar seluruh Sarawak,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat penubuhan jawatankua­sa MACF Sarawak Cawangan Sibu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, semalam.

Beliau berkata cawangan pertama berjaya ditubuhkan di Miri dua minggu lalu dan Sibu adalah cawangan kedua berjaya ditubuhkan semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, MACF memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya pencegahan jenayah sebagai satu usaha mengelak berlakunya jenayah.

Bagaimanap­un, di Sarawak yayasan itu memberi tumpuan atau pencegahan kepada ma- salah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah terutama membabitka­n penyalahgu­naan dadah.

“Jadi, kita menjalanka­n program berbentuk fokus, bermaksud ada kumpulan sasaran... kita tidak menjalanka­n program secara umum tetapi fokus kepada sekolah-sekolah bermasalah,” katanya sambil menambah, IPD Sibu merupakan sekretaria­t MACF Sibu.

Beliau berkata, program MACF dijalankan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru dan pegawai perhubunga­n sekolah dilantik setiap IPD untuk mengurangk­an masalah disiplin dan penyalahgu­naan dadah di sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit dilantik menjadi pengerusi MACF Sarawak Cawangan Sibu.

Manakala timbalanny­a ialah Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce dan dua naib pengerusi ialah pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Sibu dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sibu.

Hadir sama Naib Pengerusi II MACF Sarawak merangkap Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Kontinjen Sarawak SAC Shafie Ismail, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu DSP Chung Aik Peng dan yang lain.

 ??  ?? MESYUARAT: (Duduk, tiga kiri) Shafie, Dr Annuar, Wan Hamid, Chung dan yang lain pada mesyuarat penubuhan jawatankua­sa MACF Sarawak Cawangan Sibu, semalam.
MESYUARAT: (Duduk, tiga kiri) Shafie, Dr Annuar, Wan Hamid, Chung dan yang lain pada mesyuarat penubuhan jawatankua­sa MACF Sarawak Cawangan Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia