Utusan Borneo (Sarawak)

Wee yang terlantar sakit dibantu mohon tuntutan PERKESO

-

MIRI: Penderitaa­n Wee Hock Khim yang terlantar sakit terus mendapat perhatian dan dibantu memohon tuntutan daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin berkata PERKESO akan datang bagi melihat keperluan atau tuntutan yang layak dipohonnya.

“PERKESO akan berjumpa dengan Wee dalam masa terdekat bagi membantu memohon tuntutan jika layak memandangk­an dia sukar bergerak,” katanya di sini semalam.

Lee berkata, Wee ketika ini menerima Bantuan Pesakit Terlantar daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2014 sebanyak RM300 sebulan.

Bagaimanap­un, Wee terpaksa memohon bantuan orang ramai bagi membina semula titi kayu bagi membolehka­n dia menggunaka­n kerusi roda.

“Titi kayu sedia ada amat usang, sempit dan perlu dibina semula agar dapat menampung pergerakan kerusi roda dari rumah ke jalan utama,” jelasnya.

Lee berkata, jika titi kayu itu dapat dibina semula maka ia akan memudahkan pergerakan Wee menjalani pemeriksaa­n kesihatan dengan berkerusi roda.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memohon dermawan atau orang ramai membantu mengurangk­an beban keluarga itu.

Lee dalam lawatan singkat itu turut menyampaik­an sumbangan peribadi kepada Wee sekeluarga.

Kisah Wee tersiar dalam akhbar tempatan kelmarin selepas isu kesusahan keluarga daif itu mendapat perhatian Persatuan Warisan Anak Sarawak.

Wee difahamkan menderita akibat tekanan darah tinggi, diabetes dan tidak dapat berjalan dan hanya terlantar di atas katil sejak 2014.

 ??  ?? PRIHATIN: Lee menyampaik­an sumbangan kepada Wee yang terlantar sakit sejak tiga tahun lalu semasa lawatannya di kediaman Wee, Tudan Fasa 2 di Miri petang semalam.
PRIHATIN: Lee menyampaik­an sumbangan kepada Wee yang terlantar sakit sejak tiga tahun lalu semasa lawatannya di kediaman Wee, Tudan Fasa 2 di Miri petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia