Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu sokongan jadikan Kuching Bandar Raya Perpaduan pertama dunia

-

KUCHING: Usaha dan sokongan semua pihak diperlukan untuk memastikan bandar raya Kuching berjaya menjadi Bandar Raya Perpaduan yang pertama di dunia.

Pengerusi Yayasan 1Malaysia (Y1M) Dr Chandra Muzaffar berkata ketika ini yayasan itu dalam usaha memberi makna mendalam bagi status bandar raya Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan pertama dunia menerusi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Kita telah berhubung dengan UNESCO agar mencalonka­n bandar raya Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan pertama di dunia.

“Ini sudah tentu akan mengambil masa dan saya berharap semua pihak akan teru membantu kita (Yayasan 1Malaysia) dalam usaha ini, termasuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan aluan pada Majlis Perasmian Bengkel Bandar Raya Perpaduan yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Pustaka Negeri Sarawak di sini semalam.

Chandra berkata jika semua pihak memberi kerjasama dan sokongan, usaha Y1M mendapat pengiktira­fan daripada UNESCO untuk menjadikan bandar raya Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan pertama di dunia akan mencapai kejayaan dengan lebih mudah.

Mengenai majlis itu beliau berkata ia diadakan selepas dua tahun bandar raya Kuching mendapat pengiktira­fan itu kerana usaha berterusan perlu untuk memastikan status itu kekal.

“Kita sedar perpaduan merupakan satu cabaran yang sangat besar di seluruh dunia dan baru-baru ini dunia berdepan cabaran ini.

“Adalah menjadi harapan jika bandar raya Kuching berjaya mendapat status Bandar Raya Perpaduan pertama dunia, ia akan menjadi contoh dan negara luar akan mengambil iktibar,” ujarnya.

Justeru beliau amat berharap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Abang Johari akan terus berusaha mengemudi bandar raya Kuching ke arah bandar raya yang bersatu padu.

Bandar raya Kuching diisytihar sebagai Bandar Raya Perpaduan oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem pada 1 Ogos 2015 sempena sambutan Hari Bandar Raya Kuching Ke-27.

Pengisytih­aran itu adalah hasil cetusan idea dan kajian Y1M, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bebas.

Berikutan hasil kajian yang dijalakan di semua bandar raya di Malaysia, Y1M men- dapati bandar raya Kuching merupakan bandar raya yang mempunyai ciri dan kualiti berasaskan perpaduan.

Y1M juga telah membuat kajian tentang kedudukan dan keadaan demografi bandar raya Kuching daripada perspektif perpaduan dan mendapati bandar raya Kuching memenuhi beberapa ciri utama bandar raya menegak serta mengamalka­n perpaduan dalam amalan kehidupan harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia