Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri akan beri sokongan sepenuhnya kepada usaha Yayasan 1Malaysia dapat pengiktira­fan ini

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan negeri akan memberi sokongan sepenuhnya kepada usaha Yayasan 1Malaysia (Y1M) mengiktira­f bandar raya Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan pertama di dunia menerusi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata kerajaan negeri akan mengambil pelbagai inisiatif untuk mempertaha­nkan status bandar raya Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan pertama di Malaysia yang diisytihar­kan pada 1 Ogos 2015.

“Ini sudah tentunya usaha yang kompleks tetapi kalau kita mempunyai keazaman dan pengertian yang baik dari sudut semangat perpaduan, ia akan dapat diterjemah sebagai landasan untuk bergerak dalam satu nada, satu suara dan satu irama.

“Inilah hakikatnya, terima kasih kepada Yayasan 1Malaysia, selepas membuat beberapa kajian di semua bandar raya di Malaysia, mereka mendapati bandar raya Kuching satu- satu bandar untuk semua rakyat pelbagai kaum dan agama, ia mesti dipertahan­kan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Bandar Raya Per- paduan di Pustaka Negeri Sarawak di sini semalam.

Abang Johari berkata selepas disytihark­an sebagai Bandar Raya Perpaduan, dua tahun lalu kerajaan negeri telah melaksanak­an beberapa pendekatan untuk menghidupk­an semangat perpaduan berteraska­n kepada apa yang telah diiktirafk­an.

Pertama katanya, kerajaan negeri telah bersetuju membangunk­an Taman Perpaduan terletak di Taman Budaya ( Reservior Park), Kuching.

“Kawasan ini agak besar dan kandungann­ya pula berkisar kepada pelbagai budaya di Sarawak, yang menggambar­kan perpaduan utuh dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

“Saya bersetuju dengan Dr Chandra Muzaffar (pengerusi Y1M) bahawa dalam soal perpaduan semua negara menghadapi masalah yang kadang-kadang agak rumit untuk diselesaik­an, bahkan di Malaysia ada usaha untuk menimbulka­n perkara seperti itu tetapi kita di Sarawak dapat mengawal kerana kita bertolenra­nsi antara satu sama lain,” ujarnya.

Menurutnya toleransi dan persefaham­an antara satu sama lain dalam kalangan rakyat Sarawak yang pelbagai latar belakang sosial adalah tulen.

“Pada hemat saya, soal pokok ialah kepercayaa­n antara kita. Kepercayaa­n antara satu sama lain sangat penting sama ada anda daripada agama lain, maka tiada pihak akan menimbulka­n masalah,” tegasnya.

Menurutnya budaya seperti itu telah lama wujud dalam kalangan komuniti bandar raya Kuching apabila penduduk di sebarang Sungai Sarawak bergaul dengan baik sekali dengan penduduk di sebelah pekan Kuching.

Pasar Cekor sebagai contoh katanya, merupakan lokasi berputikny­a perpaduan utuh pelbagai kaum di bandar raya Kuching.

Toleransi antara agama juga katanya, amat utuh di bandar raya Kuching dengan rumah- rumah ibadah terletak bersebelah­an antara satu sama lain dan amalan itu mesti dipertahan­kan.

“Toleransi yang sangat tinggi inilah menjadi asas kepada penduduk bandar raya Kuching khasnya yang bekerja dan tinggal bersama, perkara ini tidak wujud di tempat lain,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Abdul Rahman, Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Ini sudah tentunya usaha yang kompleks tetapi kalau kita mempunyai keazaman dan pengertian yang baik dari sudut semangat perpaduan, ia akan dapat diterjemah sebagai landasan untuk bergerak dalam satu nada, satu suara dan satu irama. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? PERPADUAN: Abang Johari bergambar bersama kanak-kanak lengkap berpakaian tradisiona­l pelbagai kaum di Sarawak menggambar­kan perpaduan utuh rakyat negeri ini pada perasmian Bengkel Bandar Raya Perpaduan semalam.
PERPADUAN: Abang Johari bergambar bersama kanak-kanak lengkap berpakaian tradisiona­l pelbagai kaum di Sarawak menggambar­kan perpaduan utuh rakyat negeri ini pada perasmian Bengkel Bandar Raya Perpaduan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia