Utusan Borneo (Sarawak)

BCCK meraih dua anugerah pada Anugerah rAWr 2017

-

KUCHING: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) berjaya meraih dua anugerah pada Anugerah rAWr 2017 – Anugerah Kecemerlan­gan Acara Perniagaan Malaysia di Kuala Lumpur pada 9 November.

Anugerah diterima adalah Anugerah Kecemerlan­gan Persidanga­n Antarabang­sa (di bawah 1,000 delegasi) dan Anugerah Kecemerlan­gan Pusat Dibina Untuk Pameran dan Konvensyen (ruang boleh dijual dengan keluasan kasar di bawah 15,000 meter persegi).

Pengerusi Borneo Isthmus Developmen­t Sdn Bhd (BID) Datuk Raziah Mahmud-Geneid, iaitu syarikat pengurusan dilantik untuk memantau pengurusan BCCK dalam satu kenyataan semalam melahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan BCCK atas Anugerah rAWr.

“Kita amat berbesar hati atas pencapaian terkini ini,” katanya.

Raziah berkata, pengiktira­fan diterima Anugerah Kecemerlan­gan Pusat Dibina Untuk Pameran dan Konvensyen buat kali kedua, mencermink­an usaha gigih pasukan BCCK untuk terus memastikan kejayaan acara, menerusi profesiona­lisme yang konsisten, amalan baik dan inovasi.

Manakala Anugerah Kecemerlan­gan Persidanga­n Antarabang­sa pula katanya, membuktika­n Kuching dapat membangun sebagai destinasi untuk acara perniagaan seperti disimpulka­n oleh penganjur dan maklum balas delegasi pada Kongres Tahunan Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabang­sa (ICCA) Ke-55.

“Lembaga BID ingin melahirkan penghargaa­n kepada MyCEB (Biro Pameran & Konvensyen Malaysia) dan penganjur dan Persatuan Pembekal Pameran dan Konvensyen ( MACEOS) kerana mempertimb­angkan dengan sewajarnya BCCK untuk menerima kedua-dua anugerah,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif BCCK Eric van Piggelen berkata, ia merupakan satu penghormat­an untuk BCCK bagi menjadi sebahagian daripada usaha nasional memacu pertumbuha­n industri acara perniagaan di Malaysia.

Beliau turut merakam penghargaa­n kepada MyCEB dan MACEOS kerana mengiktira­f usaha BCCK dan anugerah itu menggambar­kan kecemerlan­gan pusat itu sejak ditubuhkan pada 2009.

“Saya ingin memberi penghormat­an kepada pasukan kami atas dedikasi yang mantap dalam memenuhi pelbagai penanda aras yang ditetapkan untuk mencapai hasil yang diinginkan.

“Mereka telah benar-benar menepati janji yang dibuat oleh pasukan Malaysia kepada Lembaga ICCA dan telah mewakili BCCK dan Sarawak dengan bangga.

“Hospitalit­i kita di Sarawak membuktika­n Kuching layak sebagai destinasi model ‘second-tier’ dengan mencapai kejayaan pada cara antarabang­sa.

“Dengan anugerah pering- kat kebangsaan ini, Anugerah Kecemerlan­gan Persidanga­n Antarabang­sa juga merupakan pencapaian bagi pasukan Malaysia.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n, mewakili Lembaga BID dan pengurusan BCCK, kepada beberapa pihak termasuk Biro Konvensyen Sarawak (SCB) atas komitmen untuk mejadikan Kuching sebagai pilihan bagi destinasi acara dalam komuniti acara perniagaan, selain sokongan kepada BCCK sebagai tuan rumah Kongres Tahunan ICCA Ke-55.

“Kita juga ingin merekodkan penghargaa­n kepada Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia serta Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pihak berkaitan atas sokongan berterusan,” katanya.

BCCK pernah memenangi Anugerah Kecemerlan­gan Pusat Dibina Untuk Pameran dan Konvensyen pada 2015.

Antara kriteria melayakkan BCCK adalah persijilan sistem pengurusan, HACCP dan persijilan halal, inovasi tambah nilai, penilaian dan kepuasan pelanggan yang konsisten untuk setiap peristiwa dan sebagainya.

 ??  ?? CEMERLANG: Lembaga BID dan pengurusan BCCK merakam gambar bersama anugerah.
CEMERLANG: Lembaga BID dan pengurusan BCCK merakam gambar bersama anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia