Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli PBB Senadin diminta beri sokongan padu kepada presiden

-

MIRI: Ahli PBB Cawangan Senadin diminta memberi sokongan padu kepada presiden parti, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk memastikan beliau dapat membawa Sarawak menjadi sebuah negeri termaju di Malaysia.

Pengerusi PBB Cawangan Senadin Kaunselor Julaihi Mohamad berkata anggota parti di peringkat akar umbi harus bekerjasam­a menegakkan parti itu dan memastikan PBB kekal sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Ahli-ahli PBB perlu bekerjasam­a dan menyokong Abang Johari untuk kemajuan dan kebaikan Sarawak supaya mampu mengatasi keperluan global dan meletakkan negeri ini dalam perancanga­n pembanguna­n cepat,” katanya pada Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) PBB Senadin bagi penggal 2017 hingga 2020 di Lutong.

Hadir merasmikan TGM Senadin itu ialah Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang.

Menurut Juhaili, cawangan- cawangan kecil PBB Senadin perlu bekerjasam­a dengan parti-parti komponen BN lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan masing-masing untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum.

Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha PBB mengukuhka­n parti dan semua anggota parti tanpa mengira Pergerakan Pemuda, Wanita dan jawatankua­sa induk semuanya harus bekerjasam­a memperbaik­i parti dengan menunjukka­n semangat perpaduan masyarakat.

Beliau menggesa ahli parti bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang dan bertindak lebih agresif dalam merekrut ahli baharu untuk mendapatka­n lebih ramai anggota terutama dalam kalangan generasi muda.

Sementara itu, pada TGM itu Julaihi sekali lagi dipilih pengerusi PBB Senadin manakala Abdul Samat Ali dipilih sebagai timbalan pengerusi dan Cho Nyalo (naib pengerusi).

Setiausaha­nya ialah Jamil Bujang manakala Mathew Benson Mounsey (penolong setiausaha), Ajis Sepin (bendahari) dan Rafaiee Morshidi (ketua penerangan).

Ahli jawatankua­sa dilantik ialah Mazlan Rafaiee, Dawi Che, Musah Ramli, Suhaili Abidin, Ishak Baijuri, Philip Mamut, Sahda Sulis, Mohd Ismawi Hashim, Ramli Sapong, Salleh Bujang, Sapian Yan, Polkap Anthony Kom, Abu Bakar Suut, Zainurin Bujang, Merikan Bujang, Abdul Rahman Bujang, Hazrul Abdullah dan Dayang Norazelina Hamdan.

 ??  ?? RASMI: Ahmad Lai (duduk, tiga kiri) dan Julaihi (empat kiri) bersama ahli PBB Cawangan Senadin yang baharu dilantik untuk penggal 2017-2020.
RASMI: Ahmad Lai (duduk, tiga kiri) dan Julaihi (empat kiri) bersama ahli PBB Cawangan Senadin yang baharu dilantik untuk penggal 2017-2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia