Utusan Borneo (Sarawak)

Krismas harus diguna untuk menyumbang kepada golongan memerlukan

-

KUCHING: Sambutan Krismas yang menjelang tiba harus digunakan oleh masyarakat untuk menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan berkata ia bersesuaia­n dengan perayaan tersebut, yang membawa keceriaan dalam sambutanny­a.

“Ketika kita bersuka ria menyambut Krismas, kita juga tidak harus lupa terhadap kepentinga­n dan kebajikan orang yang memerlukan, kurang bernasib baik, miskin dan kurang upaya.

“Kita harus sentiasa ingat bahawa Krismas adalah masa untuk bersyukur, melakukan perkara baik serta membawa keceriaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan pembukaan galeri ‘Christmas Wonderland’ oleh Ibraco Berhad di Tabuan Tranquilit­y di sini, kelmarin.

Chan menambah dengan itu, ia secara tidak langsung mengekal serta mengukuhka­n perpaduan masyarakat di negeri ini.

“Kita harus terus hidup sebagai masyarakat yang bersatu, aman dan harmoni di mana ini telah menjadi tradisi kita di Sarawak dan ia harus diteruskan sampai bila-bila.

“Justeru, saya memuji inisiatif Ibraco yang memanfaatk­an Krismas untuk membantu golongan memerlukan, di samping memberi keceriaan kepada masyarakat.

“Disebabkan keikhlasan dan kebaikan hati masyarakat di bandar raya ini, maka tidak hairanlah Kuching dikenali sebagai Bandar Raya Per- paduan,” katanya. Hadir sama Pengarah Uru- san Ibraco Berhad Datuk Chew Chiaw Han.

 ??  ?? LAWAT: Chan melawat gerai jualan yang dibuka di galeri‘Christmas Wonderland’ di Tabuan Tranquilit­y, Kuching, kelmarin.
LAWAT: Chan melawat gerai jualan yang dibuka di galeri‘Christmas Wonderland’ di Tabuan Tranquilit­y, Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia