Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain industri terutama PKS perlu lebih kreatif dan inovatif: Chua

-

KUCHING: Pemain industri di negara ini terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu lebih kreatif dan inovatif untuk terus menggerakk­an rantaian nilai global dengan bantuan teknologi terkini.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antrabangs­a dan Industri Datuk Chua Tee Yong berkata, banyak pemain industri di negara-negara membangun telah beralih kepada Industri 4.0 yang berteraska­n teknologi.

Cerita kejayaan beberapa syarikat yang mengadapta­si teknologi Industri 4.0 telah membuktika­n bahawa penggunaan teknologi tinggi dapat membantu meningkatk­an produktivi­ti, variasi produk dan masa yang lebih pantas ke pasaran.

“Industri 4.0 adalah mesti bagi industri untuk maju ke depan di mana banyak forum antarabang­sa dan tempatan yang menekankan keperluan firma untuk beralih kepada digital telah diadakan.

“Kerajaan dalam pada itu akan menerokai dan merintis semua cara yang boleh untuk mengikut elemen Industri 4.0 dalam sistem sedia ada terutama bagi PKS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Outreach’ Industri 4.0 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia.

Tambah Chua, bagi memastikan kejayaan Industri 4.0 kerajaan telah menyediaka­n pelbagai bentuk insentif untuk membantu pemain industri terutama PKS.

Pada Bajet 2018 yang lepas, kerajaan katanya telah mereka insentif khas untuk melonjakka­n industri tempatan ke arah Industri 4.0, antaranya geran pemadanan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF).

Insentif lain termasuk, elaun modal bagi peralatan teknologi komunikasi maklumat (ICT) bermula 2018 hingga 2020 serta pinjaman RM1 bilion dengan jaminan 70 peratus oleh kerajaan bagi PKS.

Kriteria bagi insentif-insentif ini katanya, telah dimuktamad­kan oleh agensi kerajaan yang berkenaan dan beliau berharap pemain industri akan mengambil peluang daripada tawaran kerajaan ini untuk melonjak kepada Industri 4.0.

Bercakap mengenai program tersebut, Chua berkata ia adalah platform terbaik untuk pemain industri memahami Industri 4.0 daripada pakar dan pemimpin industri yang berpengala­man luas dalam bidang ini.

“Hari ini (semalam) kita membawa bersama agensi kerajaan termasuk pemain industri untuk bercakap mengenai topik Industri 4.0 ini.

“Saya percaya ia amat berguna kepada SME kita dalam perjalanan mereka berganjak kepada Industri 4.0,” katanya pada program yang turut dihadiri Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia