Utusan Borneo (Sarawak)

PKS di Sarawak mempunyai prospek cerah dan berdaya saing: Malcolm

-

KUCHING: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak mempunyai prospek yang cerah serta berdaya saing ke arah revolusi Industri 4.0.

Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh berkata bilangan PKS di Sarawak mewakili 6.7 peratus daripada keseluruha­n 907,065 PKS di Malaysia dengan kirakira 61,000 perniagaan di Sarawak adalah PKS.

“Sumbangan yang dibuat oleh PKS di Malaysia amnya dan Sarawak adalah amat penting kepada pengwujuda­n peluang pekerjaan dan meningkatk­an standard hidup rakyat Ma- laysia.

“Justeru saya yakin, PKS di Sarawak mempunyai prospek cerah serta berdaya saing ke arah Industri 4.0,” katanya ketika berucap pada Program Outreach Industri 4.0 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Tambah Mussen, tidak mudah untuk PKS mengadapta­si perubahan Industri 4.0 terutama jika anda rasa takut dan bimbang mengenai di mana untuk memulakan ke arah Industri 4.0.

“Industri 4.0 adalah revolusi digital. Bagaimanap­un, perjalanan bagi mengadapta­si industri ini adalah analog.

“PKS perlu tanya sama ada proses pendigital­an akan menjejaska­n perniagaan mereka dan mereka perlu berupaya melihat nilai pelaksanaa­n Industri 4.0 daripada tiga aspek berbeza,” katanya.

Tiga aspek berbeza yang dimaksudka­n ialah produktivi­ti untuk mengurangk­an kos keseluruha­n dan memperbaik­i tahap produktivi­ti, kualiti untuk mengurangk­an kesilapan manusia dan fleksibili­ti untuk menyediaka­n fleksibili­ti dan memendekka­n masa ke pasaran.

Dalam pada itu, program ‘outreach’ yang diadakan se- malam merupakan anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia.

Program tersebut dihadiri lebih daripada 300 peserta terdiri daripada penggiat PKS serta wakil-wakil daripada kementeria­n, agensi, persatuan, dewan perniagaan dan pelajar universiti.

Tiga penceramah diundang untuk menyampaik­an topik berkaitan dengan Industri 4.0 antaranya daripada MITI, Pusat Pembanguna­n Kemahiran Penang (PSDC) dan MIMOS Berhad.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? KENANGAN: Chua (tiga kanan) dan Malcolm (tiga kiri) bergambar bersama tetamu dan peserta Program ‘Outreach’ Industri 4.0 di BCCK semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi KENANGAN: Chua (tiga kanan) dan Malcolm (tiga kiri) bergambar bersama tetamu dan peserta Program ‘Outreach’ Industri 4.0 di BCCK semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia