Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan kecil, sederhana diminta komersilka­n produk daerah Maludam

-

MALUDAM: Usahawan kecil dan sederhana diminta membantu kerajaan mengkomers­ilkan produk-produk daerah ini dalam usaha memperkena­l Maludam kepada masyarakat luar.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Susan Chemerai Anding berkata produk-produk keluaran daerah ini mempunyai potensi tinggi dipasarkan keluar.

“Saya sendiri melihat kawasan Maludam ramai usahawan kecil peringkat kampung dan sederhana yang mempunyai potensi tersendiri memasarkan produk keluaran masing-masing.

“Contohnya, kuih atau biskut kering bukan hanya dijual di kampung sebaliknya dipasarkan ke kawasan lain seperti Betong, Sarikei, Sri Aman, Kuching dan sebagainya,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Gabungan Wanita di sini semalam.

Menurut beliau, sekiranya produk-produk seperti itu dibawa keluar ramai orang mengenali daerah Maludam.

Katanya, ini sudah pasti ekonomi masyarakat khususnya kaum ibu, bapa mahupun usahawan kampung meningkat dan mampu membangunk­an kawasan ini.

Dalam pada itu, Susan menggesa pengusaha program inap desa atau homestay di kawasan ini sentiasa menambah baik bagi menarik lebih ramai pengunjung luar.

Beliau turut menyeru pengusaha inap desa di sini sentiasa menitikber­atkan aspek kebersihan dan sebagainya dengan memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan mereka.

“Aspek kebersihan perlu diberi keutamaan dan sekiranya inap desa kita bersih, sudah pasti sentiasa menjadi tumpuan pelancong,” jelasnya.

Susan turut meminta penduduk merebut peluang ekonomi digital diperkenal­kan kerajaan dalam usaha membantu masyarakat di kawasan luar bandar.

Hadir sama Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Maludam Noraini Edi, Wakil Guru Besar SK Maludam Bolkiah Brahim, Penghulu Maszain AhmadRais, PengerusiM­PWK Parlimen Batang Lupar Zuraida Julai serta yang lain.

Majlis itu dimeriahka­n dengan pertanding­an gubahan, masakan, andaman muka, persembaha­n kumpulan, cabutan bertuah dan demonstras­i memasak bubur lambuk.

 ??  ?? TAHNIAH: Susan (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.
TAHNIAH: Susan (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia