Utusan Borneo (Sarawak)

Kemahiran pengucapan awam berpotensi besar jana pendapatan

-

SIBU: Kemahiran dalam pengucapan awam mempunyai potensi besar dalam menjana pendapatan.

Temenggung Datuk Vincent Lau berkata ini kerana kemahiran itu amat penting serta boleh memberi manfaat kepada diri sendiri.

“Dengan mempunyai kemahiran dalam pengucapan awam banyak perkara boleh anda buat dan mendapat manfaat daripadany­a.

“Bukannya mudah menguasai kemahiran ini lebihlebih lagi ketika bercakap di hadapan khalayak.

“Tidak semua orang boleh berbuat demikian,” katanya ketika menyempurn­akan Sambutan Ulang Tahun Kedua Kelab Toastmaste­rs Persatuan Hin Hua Pou Sen Sibu di sini malam kelmarin.

Hadir sama Presiden Persatuan Hin Hua Pou Sen Sibu So Teck Kee.

Lau berkata sebagai seorang pemimpin, kemahiran tersebut harus dikuasai kerana turut mencermink­an imej dan kepercayaa­n orang kepadanya.

“Wujudnya Kelab Toastmaste­rs ini turut melahirkan individu atau ahli pandai dalam pengucapan awam.

“Kelab ini membantu kerana ada latihan dan sebagainya bagi meningkatk­an penguasaan mereka,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memuji Persatuan Hin Hua Pou Sen Sibu kerana mewujudkan Kelab Toastmaste­rs di bawah naungannya.

“Saya menyeru kepada ahli persatuan supaya menyertai kelab tersebut. Ini kerana banyak manfaat jika kita menguasai pengucapan awam dan mampu menjana pendapatan,” katanya.

 ??  ?? RAI BERSAMA: Lau (lima kiri), So (empat) semasa upacara memotong kek simbolik sambutan Ulang Tahun Kedua Kelab Toastmaste­rs Persatuan Hin Hua Pou Sen Sibu, malam kelmarin.
RAI BERSAMA: Lau (lima kiri), So (empat) semasa upacara memotong kek simbolik sambutan Ulang Tahun Kedua Kelab Toastmaste­rs Persatuan Hin Hua Pou Sen Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia