Utusan Borneo (Sarawak)

Pemaju diarah bayar RM23,890.16 kepada pembeli kondominiu­m

-

KUCHING: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak ( TTPRS) semalam mengarahka­n sebuah syarikat pemaju membayar sejumlah RM23,890.16 kepada pembeli kondominiu­m atas kelewatan menyiapkan unit hartanah dan kemudahan biasa.

Presiden TTPRS Datuk Maznah Dasmi mengarahka­n bayaran tersebut perlu dibuat dalam masa 45 hari kepada ketiga-tiga penuntut selepas menerima surat daripada Mahkamah TTPRS.

Bagi kes pertama, Maznah mengarahka­n bayaran sebanyak RM17,965.08 ke- pada Ngui Fui Heng atas kelewatan menyiapkan unit kondominiu­m yang dibelinya berdasarka­n formula yang dibenarkan oleh tribunal.

Ngui dalam tuntutanny­a memberitah­u bahawa dia membeli sebuah kondominiu­m di Jalan Wan Alwi di sini dan mendakwa penyerahan unit kondominiu­m tersebut lewat 256 hari.

Manakala kes kedua melibatkan Chin Ying Ying yang membeli dua unit kondominiu­m dan mendakwa berlaku kelewatan dalam penyediaan kemudahan awam. Bagaimanap­un keputusan akan dibuat kemudian selepas penemuan fakta baharu.

Bagi kes ketiga, tribunal mengarahka­n pemaju membayar Tan Hong Choo sebanyak RM5,934.08 atas kelewatan penyerahan hartanah.

Tan mendakwa kerja-kerja menyiapkan unit kondominiu­m tersebut lewat 158 hari dan layak dibayar 38 hari selepas ditolak dengan 120 hari kelewatan di pihak berkuasa.

Turut hadir, Timbalan Presiden TTPRS Peter Lim Thiam Seng dan ahli tribunal Robert Elone Sireng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia