Utusan Borneo (Sarawak)

Telekomuni­kasi, multimedia murah jika kos kurang

Ia dapat dikurang dengan meliberal polisi guna infrastruk­tur sedia ada, akan dibina, kata Abang Johari

-

KUCHING: Telekomuni­kasi dan perkhidmat­an multimedia berkelajua­n tinggi dan lebih meluas dapat disediakan pada kadar murah jika kos pembinaan infrastruk­tur dan pengoperas­ian dapat dikurangka­n, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata ia dapat dilakukan dengan meliberalk­an polisi berkaitan penggunaan infrastruk­tur sedia ada dan yang akan dibina bagi membolehka­n pembabitan lebih banyak penyedia perkhidmat­an tersebut.

“Jika harga tinggi, tidak mampu untuk diguna orang ramai ia tidak akan membawa kepada perubahan penggunaan digital sebagai landasan.

“Justeru, ini perlu dilakukan dengan ( pendekatan) penyedia pelbagai,” katanya pada penutupan pemukiman pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Sarawak di Melaka, pada Ahad.

Kira-kira 170 pegawai kanan menyertai pemukiman tiga hari itu yang bertujuan mencarta ke arah ekonomi digital.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani membentang­kan resolusi hasil perbincang­an yang mencakupi 17 perkara dalam merealisas­ikan transforma­si ekonomi digital.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Abang Johari berkata lagi, menara voltan berkuasa tinggi milik Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk kabel gentian optik sepatutnya dibuka kepada syarikat-syarikat telekomuni­kasi sebagai penyelesai­an mengurangk­an kos menyediaka­n Internet berkelajua­n tinggi di negeri ini.

Satu pembaziran sumber jika menara SEB tidak digunakan sepenuhnya bagi membawa kabel gentian optik untuk transmisi data tinggi yang penting bagi menyokong ekonomi digital, katanya.

Jelasnya, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang akan dilancarka­n kelak dipertangg­ungjawabka­n menyatukan dan mentadbir pelbagai penyedia perkhidmat­an.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari, Uggah dan Morshidi pada penutupan pemukiman pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Sarawak di Melaka, Ahad lepas.
UNTUK ALBUM: Abang Johari, Uggah dan Morshidi pada penutupan pemukiman pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Sarawak di Melaka, Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia