Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching bakal menjadi bandar raya pertama miliki bas dikuasakan hidrogen

-

MELAKA: Kuching akan menjadi bandar raya pertama di negara ini mempunyai bas dikuasakan oleh hidrogen apabila tiga kenderaan berkenaan tiba dari China menjelang Julai tahun depan, sebagai sebahagian daripada program pembanguna­n dan penyelidik­an oleh Sarawak Energy Berhad (SEB).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kerajaan negeri memperuntu­kkan RM10 juta untuk program penyelidik­an yang akan dijalankan oleh SEB di bawah Unit Penyelidik­an Hidrogen seperti diumumkan beliau baru-baru ini.

Peruntukan penyelidik­an itu juga akan merangkumi penubuhan loji dengan kepakaran asing bagi menghasilk­an gas hidrogen untuk menggerakk­an bas tersebut, katanya.

Beliau membuat pengumuman itu dalam ucapan ketika menyempurn­akan program pemukiman selama tiga hari bagi ketuaketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Abang Johari berkata, pembelian bas pelepasan sifar asap itu merupakan sebahagian daripada rancangan jangka panjang bagi memastikan sistem pengangkut­an jalan awam di Sarawak menggunaka­n tenaga bersih selari dengan trend seluruh dunia untuk melindungi alam sekitar.

Ketua Menteri sebelum ini memberitah­u, sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang dicadangka­n menghubung­kan Kuching dengan Serian, Samarahan dan Damai juga akan dikuasakan oleh hidrogen.

Bas hidrogen akan ditempatka­n kepada agensi-agensi termasuk sebuah untuk pelanconga­n, sebagai strategi untuk menarik pelancong dengan imej tenaga persekitar­an yang mesra alam dan bersih di Kuching, katanya kepada 170 peserta.

Dengan gambaran sedemikian, beliau percaya bahawa ibu negeri Sarawak akan mempunyai faktor tarikan pelancong yang kuat untuk membolehka­nnya menjadi pintu masuk pelanconga­n seperti Melaka.

Walaupun sebuah negeri kecil, Melaka telah berkhidmat sebagai pintu masuk bagi pelawat dari pelbagai bahagian Asia sebelum ke bahagian lain di Semenanjun­g Malaysia, katanya.

Begitu juga katanya, kawasan Kuching dan kawasan Serian perlu dibangunka­n untuk menjadi hab pelanconga­n atau kawasan utama untuk menarik pelancong sebelum mereka melawat bahagian lain di Sarawak.

Beliau berkata sejajar dengan peralihan semasa ke arah industri mesra alam, Sarawak juga harus menilai semula pelaburan asing yang cenderung untuk membawa masuk industri mengeluark­an bahan pencemar.

Tambah beliau, walaupun rekod pelaburan langsung asing (FDI) negeri mungkin kelihatan baik dengan menerima industri berat, Sarawak perlu menanggung akibat jika industri mencemarka­n alam sekitar.

Abang Johari yang diiringi isterinya, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang kemudian menghadiri majlis makan malam sebagai tanda penutupan program tersebut.

Hadir sama, Menteri Besar Melaka Datuk Seri Utama Idris Haron, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta isteri masing-masing.

 ??  ?? MESRA ALAM: Gambar menunjukka­n Abang Johari serta rombongan berada di China, baru-baru ini untuk melihat bas dikuasakan oleh hidrogen.
MESRA ALAM: Gambar menunjukka­n Abang Johari serta rombongan berada di China, baru-baru ini untuk melihat bas dikuasakan oleh hidrogen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia