Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sentiasa komited bantu institusi pendidikan lahir modal insan kompeten

-

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan negeri sentiasa komited membantu institusi pendidikan di Sarawak melahirkan modal insan yang kompeten dan memenuhi keperluan industri. Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, antara langkah yang diambil ialah mewujudkan latihan kemahiran yang relevan kepada pelajar.

Katanya kerajaan negeri turut membantu pihak institusi pendidikan dalam menyediaka­n program yang komprehens­if untuk pelajar agar mereka dapat memenuhi kehendak industri.

“Kita serius membantu para pelajar untuk berjaya dan menjadi graduan yang kompeten dan memenuhi kehendak industri.

“Sebab itulah pelbagai usaha dan program termasuk latihan disediakan kepada para pelajar untuk melengkapk­an diri mereka dengan ilmu kemahiran yang dikehendak­i industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran # Innovate Sarawak, Cabaran Reka Bentuk 2018 di Dewan Syarahan, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam.

Manyin menambah dalam mendukung usaha tersebut, kerajaan negeri bersama Kementeria­n Pendidikan Tinggi menganjurk­an #Innovate Sarawak, Cabaran Reka Bentuk 2018 di bawah Inovasi Malaysia, Edisi Khas Sarawak.

Inisiatif itu dianjurkan bersama UNIMAS, Tabung Gagasan Ekonomi Bumiputera Sarawak ( TEGAS) dan Dream Cather bersama rakan-rakan industri lain.

Pada masa sama beliau berkata untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan, para pelajar perlu melengkapk­an diri mereka dengan kemahiran termasuk mampu berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

“Dengan kemahiran berkomunik­asi yang baik, anda akan dapat meyakinkan majikan untuk mengambil anda sebagai pekerja mereka,” tambahnya.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor UNIMAS Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? SIMBOLIK: Manyin ditemani Fadzil dan tetamu kehormat lain melancarka­n #Innovate Sarawak, Cabaran Reka Bentuk 2018.
SIMBOLIK: Manyin ditemani Fadzil dan tetamu kehormat lain melancarka­n #Innovate Sarawak, Cabaran Reka Bentuk 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia