Utusan Borneo (Sarawak)

Murid dapat 3A dalam UPSR layak masuk MRSM

-

MIRI: Murid lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah luar bandar tidak perlu mencapai keputusan cemerlang, sebaliknya cukup dengan 3A untuk membolehka­n mereka menempatka­n diri di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Langkah ini diambil selepas penilaian Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLBW) mendapati murid sekolah luar bandar meskipun hanya mendapat 3A dalam UPSR tetapi menunjukka­n pencapaian cemerlang apabila diberi peluang memasuki MRSM.

Timbalan Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata usaha kementeria­n itu adalah untuk menggalak dan meningkatk­an pencapaian pendidikan dan pembanguna­n anak-anak muda di kawasan luar bandar.

“Kelonggara­n ini bukan bermakna kita menurunkan standard MRSM sebaliknya kita amat memahami anakanak mendapat keputusan 3A adalah mereka yang belajar di sekolah luar bandar berkeadaan daif dengan persekitar­an pembelajar­an tidak kondusif berbanding sekolah-sekolah di bandar.

“Selain itu mereka juga terpaksa berdepan dengan tenaga pengajar terhad, tidak mencukupi serta halangan dan cabaran kekurangan yang mereka tempuhi kerana keadaan pembanguna­n di huluhulu sungai,” katanya pada Majlis Makan Malam 2017 serta Sambutan Pra-Krismas di sini malam kelmarin

Menurutnya, kita mendapati mereka yang mendapat 3A mampu melakukan dengan lebih baik dan mencapai keputusan cemerlang sama seperti rakan- rakan yang memperoleh­i 4A atau 5A dari sekolah-sekolah di bandar.

Beliau memuji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau membangkit­kan usul itu agar murid luar bandar memperoleh­i 3A diterima masuk ke MRSM.

“Ketika ini terdapat empat buah MRSM ditubuhkan di negeri ini termasuk terbaru di Bintulu bagi menambah bilangan yang ada masingmasi­ng di Kuching, Betong dan Mukah,” katanya.

Majlis itu turut menyaksika­n pelancaran rasmi penubuhan Persatuan Sosial dan Kebajikan Masyarakat Long Bedian, Miri yang berjaya didaftarka­n dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Nanta berkata, persatuan seperti itu amat penting ditubuhkan di kawasan kampung besar seperti Long Bedian kerana amat bermanfaat dalam usaha menyatukan penduduk dan mengeratka­n persaudara­an.

“Ia sejajar dengan tema ‘Kekal Bersatu’ menentukan hala tuju persatuan dan penduduk kampung bersatu dalam keadaan dan cabaran dihadapi serta menyumbang kepada pembanguna­n dan kemajuan di luar bandar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia