Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan wanita dipertingk­at dalam penglibata­n pembanguna­n ekonomi

-

KUCHING: Wanita bukan sahaja berperanan membangunk­an keluarga malah peranan mereka terus dipertingk­at dengan penglibata­n dalam pembanguna­n ekonomi negara serta masyarakat.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sumber tenaga wanita amat penting bagi meneruskan hala tuju pembanguna­n negara.

Menurutnya, usaha ke arah mencapai negara maju melalui sumbangan wanita menggalas cabaran era globalisas­i dan menyokong pembanguna­n negara.

“Dasar wanita negara dan Pelan Tindakan Pembanguna­n Wanita diwujudkan untuk memperkasa penglibata­n wanita dalam ekonomi, kesihatan dan perundanga­n serta melindungi dengan penghapusa­n keganasan terhadap wanita,” katanya pada Majlis Perjumpaan Bersama Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Peringkat Negeri Sarawak di sini semalam.

Menurutnya sungguhpun kerajaan mengambil langkah-langkah mengupayak­an kaum wanita, terdapat banyak inisiatif dan usaha perlu dilaksanak­an supaya wanita dapat bersaing dan mendapat peluang dalam era pembanguna­n global.

Justeru, untuk membolehka­n perkara itu berlaku adalah menjadi tanggungja­wab bersama menggemble­ng tenaga, fikiran dan usaha memastikan pemerkasaa­n dan pembanguna­n wanita.

Rohani menambah, komitmen kerajaan mengangkat martabat wanita terbukti dengan pengumuman Perdana Menteri pada pembentang­an bajet tahun ini yang memperkasa wanita.

“Setiap kawasan Parlimen diperuntuk­kan RM10,000 bagi pelaksanaa­n Kempen Kesedaran Kesihatan Wanita – Projek Touch Point: Wellbeing of Women (WOW) – Free Pap Smear Screening dan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia ( BKK1M) 2017 dan setiap program diperuntuk­kan RM5,000,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha KPWKM Azman Mohd Yusof serta pegawaipeg­awai kanan KPWKM.

 ??  ?? CERIA: Rohani (berdiri, tengah) bersama pengerusi-pengerusi MPWK Sarawak pada perjumpaan bersama pengerusi-pengerusi MPWK di Sri Aman kelmarin.
CERIA: Rohani (berdiri, tengah) bersama pengerusi-pengerusi MPWK Sarawak pada perjumpaan bersama pengerusi-pengerusi MPWK di Sri Aman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia