Utusan Borneo (Sarawak)

Penggiat fesyen berasaskan pua kumbu digesa ambil peluang perluaskan pasaran produk

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Identiti fesyen Sarawak iaitu corak pua kumbu berpotensi besar ke pasaran luar negara.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Assek Datuk Mohamad Yusnar Matalie berkata pua kumbu sudah lama dikenali serta digemari bangsa lain.

Justeru, beliau menggesa penggiat fesyen berasaskan pua kumbu supaya mengambil peluang memperluas produk mereka ke pasaran luar bukan sahaja di negeri ini.

“Peluang ini harus dimanfaatk­an pelatih baharu menamatkan kursus mereka di Roses Academy, Sibu bagi mencari serta mengenal pasti produk-produk ini dan mencipta fesyen yang dapat diperluask­an ke negara lain,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n Roses Academy di sini malam Sabtu lalu.

Hadir sama Pengetua Roses Academy Rose Chukan.

Seramai 26 pelatih menerima diploma sementara 16

Peluang ini harus dimanfaatk­an pelatih baharu menamatkan kursus mereka di Roses Academy, Sibu bagi mencari serta mengenal pasti produkprod­uk ini dan mencipta fesyen yang dapat diperluask­an ke negara lain. Datuk Mohamad Yusnar Matalie Ketua Pemuda PBB Cawangan Bukit Assek

pelatih turut menerima sijil pada majlis tersebut.

Semua pelatih akademik tersebut menamatkan pengajian pelbagai kursus terdiri daripada Kecantikan Rambut, Kecantikan, Rawatan Kecantikan Muka, Solekan dan Rekaan Fesyen.

Yusnar berkata kemahiran pelatih terbabit harus digunakan dengan sebaik mungkin dan diperluask­an.

“Peluang membangunk­an diri memang luas ketika ini dan sekarang banyak teknologi boleh kita gunakan untuk memperluas pasaran,” jelasnya.

Beliau berkata pelatih baharu sahaja menamatkan pengajian mereka di akademi berkenaan harus berfikir semasak-masaknya bagaimana menggunaka­n kemahiran itu membangunk­an diri sendiri.

Yusnar turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mendidik dan menyokong anak-anak mereka bagi memperoleh­i kejayaan hidup pada masa akan datang.

“Sekarang banyak graduan menganggur disebabkan majikan tidak mahu menggunaka­n setakat kecemerlan­gan akademik sahaja malah apa yang penting mempunyai kemahiran.

“Bidang teknikal mempunyai peluang besar dalam pekerjaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia