Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha polis banteras kegiatan perjudian haram diteruskan

-

KUCHING: Usaha polis membantera­s kegiatan perjudian haram di negeri ini diteruskan dengan menyaksika­n 25 serbuan dalam tempoh minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata serbuan yang dilakukan antara 4 hingga 10 Disember itu menyaksika­n 44 individu ditahan.

Menurutnya, sejumlah 19 serbuan dilakukan terhadap kaunter menjual loteri tidak berlesen.

Serbuan-serbuan itu dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Sarawak dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

JSJ IPK Sarawak mengendali­kan enam serbuan di Miri dan Padawan, IPD Kuching, IPD Sibu dan IPD Miri masing-masing mengendali­kan empat serbuan, manakala IPD Padawan (2) dan IPD Samarahan, IPD Sarikei, IPD Bau, IPD Limbang dan IPD Kanowit masing-masing satu serbuan.

“Usaha membantera­s judi dalam talian diteruskan dengan menyerbu kedai 24 jam yang menawarkan kad tambah nilai kepada pemain judi dalam talian,” kata Dev menerusi kenyataan media semalam.

Bagi tujuan itu, lima serbuan diadakan di Miri, Padawan dan Sarikei yang membawa penangkapa­n lapan penyedia perkhidmat­an dan 12 komputer dan tab dirampas bernilai RM3,415.

Sejumlah 19 serbuan membabitka­n penjualan loteri tidak berlesen di sembilan kawasan.

Ia menyaksika­n 21 orang ditangkap dan wang tunai RM2,326 turut dirampas.

Telefon bimbit, mesin cetak, kalkulator, kertas perjudian dan alat tulis juga dirampas.

Pada 7 Disember, kira- kira pada 11 malam, sepasukan polis daripada JSJ IPK Sarawak menyerbu sebuah kafe di Jalan Masjid, Miri dan memberkas 15 orang kerana terbabit dalam bermain judi holo.

Alat judi holo dan wang tunai RM1,672 turut dirampas.

Daripada 44 orang yang diberkas, 34 merupakan lelaki dan selebihnya perempuan.

Mereka berusia antara 18 dan 68 tahun. Daripada jumlah itu, lapan merupakan warga asing.

Semua mereka disiasat atas kesalahan di bawah Akta Rumah Judi 1953.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia