Utusan Borneo (Sarawak)

Inkues EIMARace 2016: Mangsa dalam longkang bersama go-kart Mangsa seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan

-

KUANTAN: Seorang bekas anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia ( RELA) memberitah­u Mahkamah Koroner di sini semalam, dia melihat seorang lelaki dewasa dan seorang kanakkanak perempuan berada di dalam longkang bersama kenderaan jenis go- kart, pada 25 Sept 2016.

Abdul Kahar Ali, 64, yang merupakan saksi kelima inkues, berkata kepala kanakkanak perempuan itu berdarah dan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, sama seperti lelaki dewasa itu.

Saya tanya anggota apa yang berlaku... adakah kenderaan terbabas sendiri? Dia kata langgar penonton. Pada masa itu saya rasa macam hendak pengsan. Shaharin Idrus Saksi

“Jarak antara kenderaan go-kart dengan mangsa hanya kira-kira satu meter. Saya segera menghubung­i penyelia saya untuk maklumkan kejadian. Saya juga bantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengusung mangsa sebelum bertugas meminta orang awam menjauhi kawasan itu,” katanya.

Abdul Kahar berkata demikian pada prosiding inkues untuk mengetahui jika terdapat elemen kecuaian atau jenayah dalam kematian Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 5, semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace) di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini pada jam 11 pagi, 25 Sept 2016.

Tragedi pada perlumbaan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu turut menyebabka­n isteri Izwan, Siti Suhaiza Seman, 39, dan anak sulung pasangan itu Muhammad Izz Daniel, 8, cedera.

Abdul Kahar berkata dia tidak melihat kemalangan berlaku kerana sering bergerak untuk memastikan penonton tidak memasuki kawasan larangan, iaitu lima meter dari kon (penghadang air) yang diletakkan sebagai pemisah dengan litar perlumbaan.

“Saya hanya tahu ada kemalangan apabila suasana kecoh. Sebelum kemalangan penonton berada agak jauh dari kon dan selepas kemalangan, kon itu sudah berterabur,” katanya.

Sementara itu, saksi ketiga inkues, Shaharin Idrus, 53, yang merupakan penyelia kepada anggota RELA pada program itu berkata, seramai 24 anggota bertugas pada hari tersebut, dengan enam daripadany­a ditempatka­n berhampira­n kawasan kemalangan.

Beliau berkata arahan daripada pihak penganjur adalah tidak membenarka­n penonton menghampir­i pengha- dang air, tidak membenarka­n penonton melintasi litar dan supaya mereka mengutamak­an keselamata­n diri selain ‘sama-sama berdoa perlumbaan berjalan selamat’.

Saksi berkata anggota RELA ditugaskan di kawasan check point yang ditetapkan pihak penganjur, selain di beberapa laluan lurus sepanjang litar kerana bimbang penonton melintasi laluan itu memandangk­an tiada tempat khusus untuk orang awam.

“Semasa kemalangan, saya tidak berada di situ kerana tugas saya sebagai penyelia memerlukan saya banyak bergerak untuk memastikan tiada anggota meninggalk­an kawasan penugasan. Saya tahu tentang kemalangan daripada orang awam yang sudah kecoh.

“Saya menghubung­i anggota menggunaka­n walkietalk­ie. Anggota beritahu dia tidak nampak kerana kemalangan berlaku di belakangny­a. Saya ke kawasan kemalangan dan nampak kenderaan itu.

“Saya tanya anggota apa yang berlaku... adakah ken- deraan terbabas sendiri? Dia kata langgar penonton. Pada masa itu saya rasa macam hendak pengsan,” katanya.

Shaharin menambah anggota RELA bertugas memaklumka­n ada memberi arahan tidak menghampir­i penghadang air, namun ‘arahan itu hanya dipatuhi seketika sahaja dan penonton sering kali mendekati kawasan litar apabila anggota RELA bergerak ke kawasan lain’.

Beliau juga berkata, penghadang air itu didapati tidak berisi air, senang dialihkan dan ringan selain tiada arahan diterima oleh pasukan RELA untuk mengisi air ke dalamnya.

Prosiding inkues yang didengar di hadapan Koroner Dazuki Ali dibantu Timbalan Pendakwa Raya Wahida Zainal Abidin, peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar selaku peguam pemerhati bagi pihak UTM, Che Arifin Mohd Ali (keluarga mangsa), Juliana Abu Bakar dan Rosmah Rosli (Majlis Perbandara­n Kuantan), bersambung hari ini. — Bernama KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan adik iparnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan masing-masing menjadi anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan menyembuny­ikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas berkenaan.

Warga tempatan Hajar Abdul Mubin, 25, dan adik iparnya Abdul Syamir Dabilin, 25, rakyat Filipina, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

Kedua- dua lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan itu dipercayai antara 19 suspek yang ditahan sebelum ini dalam cubaan melakukan serangan ketika upacara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Mengikut pertuduhan, Hajar yang merupakan perancang utama serangan itu didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf mengikut seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia yang berasal dari Sabah dituduh melakukan kesalahan itu di ZA 2-14 Lorong Pangsa Baiduri 2, Taman Desa Baiduri, Cheras antara 2010 dan 30 Ogos 2017.

Abdul Syamir pula didakwa dengan sengaja menyembuny­ikan maklumat berhubung kumpulan itu yang mana mereka terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat tersebut di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pertuduhan ke atasnya dikemukaka­n mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Sofian menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.

Mediasebel­uminimelap­orkan polis mematahkan rancangan kumpulan pengganas di negara ini yang dipercayai penyokong Daesh dalam cubaan melakukan serangan ketika upacara penutup KL2017 dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KETERANGAN: Anggota RELA Sukri (kiri), Shaharin (tengah) dan Kahar di luar Mahkamah Koroner semalam selepas memberi keterangan pada prosiding inkues untuk mengetahui jika terdapat elemen kecuaian atau jenayah dalam kematian Izwan dan anaknya Nur...
— Gambar Bernama BERI KETERANGAN: Anggota RELA Sukri (kiri), Shaharin (tengah) dan Kahar di luar Mahkamah Koroner semalam selepas memberi keterangan pada prosiding inkues untuk mengetahui jika terdapat elemen kecuaian atau jenayah dalam kematian Izwan dan anaknya Nur...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia