Utusan Borneo (Sarawak)

Pencuci pinggan warga India dipenjara sebulan

-

KUALA LUMPUR: Seorang pencuci pinggan warga India semalam dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah mencuri payung dan soket mudah alih serta tinggal di Malaysia melebihi tempoh sah.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu terhadap A. Selvi, 41, dan memerintah­kannya menjalani hukuman bermula tarikh tangkap pada 28 Nov lepas.

Bagi pertuduhan mencuri dan tinggal lebih tempoh, wanita itu dipenjara masing- masing sebulan dan mahkamah memerintah­kan kedua- kedua hukuman tersebut berjalan serentak.

Selvi didakwa mencuri soket mudah alih dan pay- ung yang kesemua berharga RM29.70 milik sebuah pasar raya di Jalan Masjid India pada 3.30 petang, 28 Nov lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Wanita itu juga didakwa tinggal lebih masa di Malaysia melebihi tempoh sah, bermula dari 25 Mei 2017 sehingga 28 Nov lepas di tempat, waktu dan tarikh sama, mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen A959/1963 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Sek- syen 15(4) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Peguam Norizan Yaacub, yang mewakili Selvi memohon hukuman penjara dikenakan terhadap anak guamnya atas alasan keluargany­a di India tidak mampu untuk membayar denda jika mahkamah menjatuhka­n denda.

“Saya memohon hukuman penjara bagi keduadua pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia