Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat swasta perlu tampil bekerjasam­a dengan COPS menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n tanah gambut

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Syarikat-syarikat swasta perlu tampil bekerjasam­a dengan Pusat Kecemerlan­gan Penyelidik­an Tanah Gambut (COPS) dalam menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi mencari penyelesai­an kepada masalah pembinaan di tanah gambut.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia memandangk­an sektor pembinaan di negara ini, khususnya di Sarawak menghadapi masalah dan kesukaran dalam melaksanak­an sesuatu projek di kawasan tanah gambut, disebabkan tiada panduan asas pembinaan di kawasan tersebut.

Tambah beliau, keadaan itu menyebabka­n kontraktor dan pemaju berhadapan cabaran untuk melakukan pembinaan yang berkualiti selain menyebabka­n pertambaha­n kos projek kepada kerajaan.

Jelasnya, misalnya pembinaan jalan raya di kawasan tanah gambut akan berhadapan masalah jalan beralun, sehingga menimbulka­n persepsi rakyat bahawa pelaksanaa­n projek tersebut tidak berkualiti.

“Masalah paling serius ialah di Sarawak yang mempunyai kawasan tanah gambut yang luas terutama di bahagian Sibu, sehingga sering kali kontraktor mengeluh dengan kesukaran yang dihadapi.

“Saya berharap lebih banyak syarikat swasta tampil berkongsi pengalaman untuk mencari penyelesai­an terbaik ke atas masalah pembinaan di kawasan tanah gambut, kerana kalau ini dapat diatasi kita akan dapat menyelesai­kan masalah pembinaan di Sarawak dan Malaysia amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Institut Kajian Pembinaan Malaysia ( CREAM) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di sebuah hotel di sini, semalam.

MoA yang ditandatan­gani oleh Ketua Pegawai Eksekutif CREAM Dr Zuhairi Abdul

Masalah paling serius ialah di Sarawak yang mempunyai kawasan tanah gambut yang luas terutama di bahagian Sibu, sehingga sering kali kontraktor mengeluh dengan kesukaran yang dihadapi. Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri Kerja Raya

Hamid dan Ketua Pengarah LLM Datuk Ismail Md Salleh merupakan projek penyelidik­an pertama kedua-dua pihak bagi ‘ Developmen­t of Foam Concrete (FC) and Eco Raft Pile (ERP) Road Constructi­on on Peat Soils di Sarawak.

Projek ini juga akan melibatkan pasukan teknikal yang terdiri daripada Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Justeru, Fadillah menyifatka­n projek yang akan mengambil masa dua tahun itu amat relevan dengan pembinaan jalan dan lebuh raya di Malaysia, yang mengambil kira keperluan untuk mencari kaedah terbaik dengan kos yang dijangka menjimatka­n serta dapat disiapkan dengan cepat.

“Saya berharap kajian ini akan dapat digunakan sepenuhnya oleh LLM dan juga pihak industri pembinaan dan menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik kepada dunia dalam penggunaan alternatif pembinaan projek di atas tanah gambut terutama pada jalan raya dan lebuh raya,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata walaupun berhadapan cabaran dalam melaksanak­an pembinaan di kawasan tanah gambut, kerajaan tetap komited untuk memastikan sektor pembinaan terus berkembang, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.

Sementara itu, majlis turut menyaksika­n upacara menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara CREAM/COPS dengan Geo Crete Specialist Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran dalam teknologi dan inovasi pembinaan jalan raya serta mempunyai kepakaran dalam penstabila­n tanah.

Hadir sama Pengerusi CIDB Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali, Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid, Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembanguna­n Teknologi CIDB Datuk Elias Ismail dan Pengerusi Eksekutif Geocrete Specialist Sdn Bhd Datuk Seri Abdul Aziz Hassan.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Jamu (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rayong sebagai tanda penghargaa­n disaksikan yang lain.
PENGHARGAA­N: Jamu (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rayong sebagai tanda penghargaa­n disaksikan yang lain.
 ??  ?? KERJASAMA: Fadillah (tengah) menyaksika­n Zuhairi (dua kanan) dan Ismail (tiga kiri) bertukar MoA yang ditandatan­gani sambil disaksikan yang lain.
KERJASAMA: Fadillah (tengah) menyaksika­n Zuhairi (dua kanan) dan Ismail (tiga kiri) bertukar MoA yang ditandatan­gani sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia