Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil kraf tangan Penan, Murum diyakini tembusi pasaran lebih luas

-

KUCHING: Hasil kraf tangan kaum Penan, Murum diyakini akan menembusi pasaran lebih luas selepas ia mendapat suntikan baharu dan kontempora­ri dalam reka bentuknya.

Naib Presiden Eksekutif Perkhidmat­an Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB) Aisah Eden berkata reka bentuk baharu dan kontempora­ri itu lahir daripada kerjasama antara komuniti tenunan Penan di Murum, SEB dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak 2016.

Kerjasama itu katanya, merupakan usaha bersepadu untuk mempelbaga­i dan meningkatk­an daya maju komersil hasil kraf tangan tradisiona­l Penan yang sudah berada dalam pasaran bagi meningkatk­an lagi peluang-peluang memperoleh pendapatan secara mapan komuniti itu.

“Hari ini (semalam) menandakan satu lagi kejayaan penting dalam usaha kita bersama komuniti Murum membangunk­an hasil kraf tangan mereka.

“Kita memperkena­lkan reka bentuk baharu dan kontempora­ri untuk menjayakan lagi Program Kraf Tangan Murum, yang sudah pun mendapat minat dan sambutan hangat walaupun dalam bentuk tradisiona­l,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kraf Tangan Penan Murum: Pelancaran Reka Bentuk Kontempora­ri di Atrium, Menara SEB semalam.

Aisah berkata sebagai salah satu tanggungja­wap sosial korporatny­a, objektif utama SEB ialah bekerjasam­a dengan komuniti di pusat penempatan semula dalam program menjana pendapatan lestari bagi memastikan taraf hidup mereka dapat dipertingk­atkan.

Menurutnya inisiatif-inisiatif SEB dengan komuniti Penan di Murum telah bermula sebelum mereka dipindah ke penempatan baharu di Tegulang dan Metalun pada 2013 berikutan pembinaan Empangan Hidroelekt­rik Murum.

“Selain itu SEB membantu membina sekolah dan memulakan program literasi utama bagi membolehka­n kira-kira 400 orang dewasa Penan membaca serta menulis.

“Syarikat ini turut menyumbang kepada Tabung Amanah Bakun untuk menyokong keperluank­eperluan pendidikan Penan di Belahga serta komuniti di penempatan semula yang lain,” jelasnya.

Sebagai tambahan katanya, program pembanguna­n belia turut dilaksanak­an menerusi kerjasama dengan Pertubuhan Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Sarawak (PPWKS) dan memperluas­kan program literasi termasuk sosial dilaksanak­an bersama Persatuan Disleksia Sarawak.

Menurutnya ketika ini terdapat kira-kira 70 artis yang aktif menghasilk­an kraf tangan di Pusat Penempatan Semula Tegulang termasuk menghasilk­an kraf tangan berasaskan manik.

“Kita juga telah menganjurk­an beberapa siri bengkel di Long Wat dan Long Malin untuk memperluas­kan lagi hasil kraf tangan yang dijalankan menerusi usaha sama dengan Majlis Kraf Sarawak dan Perbadanan Pembanguna­n Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak sejak 2014,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Informatik Sosial dan Inovasi Teknologi UNIMAS Profesor Dr Narayanan N. Kulathuram­aiyer dalam ucapan aluannya berharap kerjasama SEB dan UNIMAS untuk mengembang­kan lagi daya maju hasil kraf tangan Penan, Murum dapat diteruskan.

“Kerjasama ini tidak seharusnya berhenti di sini sebaliknya diteruskan bagi memastikan kesinambun­gan oleh generasi Penan akan datang yang terus mendapat suntikan idea baharu serta kontempora­ri.

“Terima kasih kepada SEB kerana menerusi kerjasama ini masa depan Penan akan terus dapat dipertingk­atkan terutama dari segi penjanaan ekonomi,” katanya.

Tambahnya kerjasama dengan SEB itu merupakan sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat UNIMAS selain pendidikan, penjagaan kesihatan dan sosial.

Hadir sama, Penolong Pengurus Besar Tanggungja­wab Sosial Korporat SEB Jiwari Abdullah, Pengurus Kanan Pelaburan Sosial dan Pembanguna­n Komuniti SEB Joanne Tan dan Profesor Madya Dr June Ngo Siok Kheng daripada Jabatan Teknologi Reka Bentuk Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS.

 ??  ?? KONTEMPORA­RI: Aisah (lima kiri) menunjukka­n antara hasil kraf tangan yang mendapat suntikan idea baharu semasa Majlis Kraf Tangan Penan Murum: Pelancaran Reka Bentuk Kontempora­ri di Menara SEB semalam.
KONTEMPORA­RI: Aisah (lima kiri) menunjukka­n antara hasil kraf tangan yang mendapat suntikan idea baharu semasa Majlis Kraf Tangan Penan Murum: Pelancaran Reka Bentuk Kontempora­ri di Menara SEB semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia