Utusan Borneo (Sarawak)

Pengantin lelaki baling gelas untuk halang polis menahan rakannya

-

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang baharu melangsung­kan perkahwina­n ditahan polis selepas cuba menghalang dan mencederak­an seorang pegawai polis yang mahu menahan seorang lelaki berumur 38 tahun ketika majlis perkahwina­n di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata dalam kejadian jam 10 malam itu, pengantin lelaki berumur 35 tahun itu bertindak membaling gelas ke arah pegawai polis berusia 30- an yang ketika itu sedang menjalanka­n tugas ‘Ops Cantas’ bagi menahan rakan pengantin itu di hotel terbabit.

“Semasa hendak melakukan tangkapan, pegawai polis itu telah menunjukka­n kad kuasanya namun sekumpulan seramai 30 hingga 40 lelaki telah menghalang beberapa anggota polis lain dengan melakukan tolakan.

“Ketika itu seorang lelaki yang mengaku sebagai pengantin terus membaling gelas minuman ke arah pengawai polis sehingga menyebabka­n suspek yang mahu ditahan itu mengambil kesempatan melarikan diri melalui pintu belakang hotel,” katanya dalam satu kenyataan.

Rozi berkata, akibat dibaling gelas itu, pegawai polis berkenaan mengalami kecederaan di tangan kiri namun keadannya tidak serius.

Beliau berkata, bagi mengelak berlaku kekecohan yang lebih besar pihaknya bagaimanap­un tidak menahan pengantin tersebut pada majlis berkenaan, sebaliknya ditahan di rumahnya pagi semalam dan sebelum itu pegawai polis tersebut telah membuat laporan sejurus insiden itu.

“Polis kemudianny­a telah menahan pengantin tersebut di rumahnya di Taman Sri Ampang dan ketika tangkapan hendak dilakukan telah berlaku sedikit kekecohan dan polis terpaksa meminta bantuan dari MPV (Unit Kereta Peronda) dan URB ( Unit Rondaan Bermotosik­al,” katanya.

Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan dan ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melaksanak­an tugas.

Rozi berkata, polis yang mahu menahan rakan pengantin itu kerana mempunyai beberapa kesalahan lampau iaitu antaranya Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Kesekaan, Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan pernah dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Simpang Renggam, Johor.— Bernama

Semasa hendak melakukan tangkapan, pegawai polis itu telah menunjukka­n kad kuasanya namun sekumpulan seramai 30 hingga 40 lelaki telah menghalang beberapa anggota polis lain dengan melakukan tolakan. ACP Mohd Rozi Jidin Ketua Polis Daerah Kota Setar

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Suhaimi (tengah) bersama dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang memeriksa dadah yang dirampas pada sidang media semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Suhaimi (tengah) bersama dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang memeriksa dadah yang dirampas pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia