Utusan Borneo (Sarawak)

Polis rampas dadah bernilai lebih RM77,000 di Marang

-

MARANG: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM77,158.50 dan menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bukit Payung kelmarin.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Suhaimi Mohd Ali berkata suspek sebelum ini mempunyai lima rekod jenayah kesalahan lalu membabitka­n kes dadah, dan baharu sahaja keluar penjara pada 26 Jun lalu selepas menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, suspek kembali bergerak aktif sejak awal bulan Julai lepas selepas keluar dari penjara.

Suhaimi berkata, dalam tangkapan dan serbuan pada jam 7.30 pagi kelmarin, polis menjumpai dadah bernilai RM17,149.50 yang terdiri daripada dua peket plastik berwarna biru berisi pilpil yang disyaki pil kuda berjumlah 390 biji bernilai RM3,900,10 keping foil dadah jenis Eramine 5 berjumlah 100 biji bernilai RM 1,500 dan empat peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu bernilai RM11,749.50

Selain itu, pihak polis turut menjumpai dadah bernilai RM 60,009 yang disembunyi­kan di beberapa komponen dalam kereta jenis Perodua Myvi milik suspek di rumah berkenaan.

Polis menemui terdapat dua bungkusan kertas pembalut yang dibungkus dengan plastik yang setiap satu bungkusan mengandung­i 10 peket plastik biru berisi pil kuda bernilai RM40,000.

Terdapat lima bungkusan surat khabar yang setiap satu bungkusan mengandung­i 10 botol plastik bertudung kuning mengandung­i serbuk putih disyaki dadah jenis heroin bernilai RM5,009 dan 100 keping foil dadah jenis Eramine 5 yang dibungkus dalam satu peket plastik lutsinar yang berjumlah 1,000 biji bernilai RM 15,000.

Polis turut menyita wang tunai berjumlah RM10,000 dan sebuah kereta jenis Myvi berwarna kelabu

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek telah ditahan reman tujuh hari sehingga 16 Dis bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, Suhaimi turut menyatakan bahawa sepanjang Januari sehingga November tahun ini bahagian Narkotik IPD Marang telah berjaya membuat 265 tangkapan untuk kes membekal dan memiliki dadah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia