Utusan Borneo (Sarawak)

Tunggang motosikal melawan arus, dua remaja maut dirempuh

-

KANGAR: Dua remaja lelaki maut dirempuh sebuah kereta ketika menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis berhampira­n jambatan Utan Aji dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa, Muhammad Danial Syukur Yusri, 13, dan Muhammad Alif Asyraf Sebdil, 16, maut di tempat kejadian selepas dipercayai tercampak ke atas jalan, manakala kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki terbabas ke dalam parit.

Difahamkan sebelum kejadian kira- kira jam 8.30 malam itu, mangsa mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampira­n kawasan berkenaan.

Kedua-dua jenazah mangsa serta pemandu dan penumpang kereta yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Perlis DSP Rusli Yahaya ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

Dalam perkembang­an lain beliau berkata, 37 motosikal disita dan 200 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan dalam operasi khas sempena musim cuti sekolah melibatkan 170 penunggang di Jalan Pesisir Pantai, Kuala Perlis dekat sini malam kelmarin.

Rusli berkata dalam operasi yang bermula 6.30 petang hingga 12 tengah malam itu, mereka yang ditahan berumur 14 hingga 21 tahun dan kebanyakan­nya merupakan pelajar sekolah.

Dua penunggang berumur 18 dan 21 tahun ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan melulu di jalan raya, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia