Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pemancing hilang selepas bot karam berhampira­n batuan tengah

-

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menggerakk­an operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pemancing yang hilang selepas bot mereka karam, kira-kira 500 meter dari Batuan Tengah, dekat Kota Tinggi, kelmarin.

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Wilayah Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata kedua- dua pemancing lelaki itu dikenal pasti sebagai Tan Soon Heng, 35, dan Chan Chong Kuok, 51, kedua-duanya berasal dari bandar raya ini.

“Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru mengaktifk­an SAR sejurus menerima laporan daripada Abu Bakar Maritime Base (ABMB), Batu Tengah, yang melihat sebuah bot karam bersama dua mangsa yang sedang berpaut pada bot tersebut, pada 4.20 petang semalam ( kelmarin),” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Sanifah berkata, sebuah bot peronda APMM kemudian digerakkan ke lokasi berkenaan bagi membantu menyelamat­kan mangsa, namun mendapati bot tersebut telah karam sepenuhnya manakala dua mangsa yang dikatakan berpaut pada bot tersebut gagal dijumpai.

Beliau berkata keadaan laut dilaporkan bergelora ketika kejadian karam terbabit berlaku.

Katanya operasi SAR yang diteruskan semalam melibatkan aset APMM, Pasukan Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan seramai 30 anggota pasukan penyelamat.

Katanya APMM memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan sentiasa mengambil langkah dan inisiatif yang terbaik dalam usaha mengurangk­an kadar kehilangan nyawa di laut.

“Orang ramai terutamany­a komuniti maritim dinasihatk­an supaya sering mengambil langkah persediaan awal ke laut bagi menghadapi sebarang kemungkina­n kecemasan di laut memandangk­an cuaca pada masa kini yang tidak menentu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HILANG: Beberapa anggota Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM) menganalis­is dan merekodkan kawasan carian dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pemancing yang hilang selepas bot mereka karam kira-kira 500 meter dari Batuan Tengah, dekat...
— Gambar Bernama HILANG: Beberapa anggota Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM) menganalis­is dan merekodkan kawasan carian dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pemancing yang hilang selepas bot mereka karam kira-kira 500 meter dari Batuan Tengah, dekat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia