Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Kesihatan turut siasat kes susu rumusan bayi disyaki tiruan

-

REMBAU: Kementeria­n Kesihatan turut menjalanka­n siasatan ekoran rampasan sejumlah 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) di Johor Bahru, baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramania­m berkata, beliau telah meminta Pengarah Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan kementeria­nnya bekerjasam­a dengan KPDNKK menjalanka­n siasatan itu.

“Saya difahamkan KPDNKK sudah menghantar sampel susu berkenaan kepada Jabatan Kimia untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Hospital Rembau yang sedang dalam pembinaan di Chembong di sini, semalam.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri Datuk Zaifulbahr­i Idris.

Mengulas lanjut, Subramania­m berkata: “Kita juga ingin tahu puncanya, di mana susu itu datang, rantaian bekalan logistikny­a dan bila susu itu memasuki rantaian bekalan.”

Khamis lepas, KPDNKK Johor merampas susu rumusan bayi yang disyaki tiruan yang dianggarka­n bernilai RM42,000 dalam lima serbuan sekitar Johor Bahru.

Ini susulan aduan tentang seorang bayi mengalami muntah-muntah yang teruk setelah mengambil susu itu yang kemudianny­a didapati tiruan oleh pihak pengeluar produk susu berkenaan.

Mengenai Hospital Rembau, beliau berkata hospital itu dijangka siap pembinaany­a Jun tahun depan.

Katanya, Hospital Rembau yang mula dibina pada 2013 sepatutnya sudah siap pada penghujung tahun lepas, tetapi mengalami kelewatan berikutan beberapa masalah yang dihadapi.

“Sehingga November lepas, pembinaan hospital ini telah siap 82 peratus. Kos pembinan hospital ini yang mempunyai 79 katil adalah RM104 juta. Hospital ini akan mempunyai wad lelaki, wanita, kanak- kanak dan wad bersalin.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata: “Hospital ini sangat-sangat dinantikan oleh penduduk daerah Rembau dan sekitarnya.

“Dengan siapnya hospital itu nanti, para pesakit di daerah ini tidak perlu lagi ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Hospital Tampin dan Hospital Port Dickson untuk mendapatka­n rawatan kesihatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia