Utusan Borneo (Sarawak)

SPAD tingkat penguatkua­saan sempena cuti sekolah, Krismas, Tahun Baharu 2018

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) akan melaksanak­an operasi penguatkua­saan bersepadu 24 jam sempena perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2018, bermula 22 Dis hingga 2 Jan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata operasi yang akan melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkut­an Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Pihak Penguatkua­sa Lebuhraya itu adalah bagi menangani isu pengendali pengangkut­an awam dan pemandu yang melanggar undang-undang.

Beliau berkata antara tindakan diambil bagi menangani isu tersebut ialah dengan melakukan operasi penyamaran, audit penguatkua­saan terhadap rekod Sistem Kedudukan Global (GPS) kenderaan, rondaan dan perangkap kelajuan serta pemantauan kamera litar bertutup (CCTV) di Pusat Operasi Lebuh Raya.

“Pegawai penguatkua­saan SPAD juga akan meronda lokasi-lokasi di pusat bandar serta terminal- terminal bas bagi memeriksa kaunter tiket dan dokumen, selain memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ulat tiket,” katanya pada sidang media sebelum melakukan tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan di sini, semalam.

Beliau berkata, SPAD juga memberi peringatan kepada pengendali bas ekspres supaya mengutamak­an keselamata­n penumpang dan pengguna jalan raya melalui penekanan terhadap pematuhan Kod Amalan Industri SPAD selain mematuhi peraturan keselamata­n setiap masa.

Katanya, SPAD juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang- undang terhadap pengendali pengangkut­an awam yang didapati cuai dalam pengurusan operasi mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia