Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak bantah JITN tidak memahami peranannya, kata Paul Low

-

KUALA LUMPUR: Pihak yang membantah penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) tidak mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan jabatan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Beliau berkata, JITN yang ditubuhkan secara rasmi pada 1 Nov, telah mendapat bantahan daripada kalangan pemimpin persatuan sivil dan hak asasi manusia sejak penubuhann­ya diilhamkan kerana mereka tidak mema- hami sepenuhnya fungsi jabatan itu.

“Saya fikir mereka semua membantah kerana mereka tidak faham sepenuhnya peranan JITN,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Hak Asasi Manusia di sini, semalam.

Aktivis integriti Tan Sri Ramon Navaratnam, Tan Sri Lee Lam Thye dan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dilaporkan mempersoal­kan penubuhan JITN. Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut menyuaraka­n pendapat sama dengan berkata bajet diperuntuk­kan bagi JITN lebih baik digunakan untuk menambah baik unit penguatkua­saan undangunda­ng sedia ada.

Low sebelum ini dilaporkan berkata JITN, yang dinaik taraf daripada Bahagian Integriti dan Tadbir Urus kepada jabatan penuh, tidak mempunyai kawalan ke atas agensi seperti SPRM, Institut Integriti Malaysia, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia dan Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan kerana ia merupakan institusi bebas.

Mengulas lanjut, Low berkata jabatan itu dalam usaha membangunk­an sekumpulan penjawat awam yang mempunyai keupayaan dan kemahiran tertentu, akan berperanan menjadi agensi peneraju dan pemangkin bagi perubahan berkaitan dengan integriti dan hak asasi manusia, sama ada dari segi cara berfikir, prosedur, peraturan atau malahan undang-undang.

“Kami ( jabatan) akan menjadi pihak yang akan mempunyai pandangan menyeluruh terhadap perkara- perkara, yang tahu akan akibat, punca dan faedahnya. Dan kami akan menjadi pihak yang akan mencadangk­an sebarang perubahan kepada Kabinet,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Low berkata jabatan itu yang berada di bawah seliaannya, berobjekti­f untuk mewujudkan kerjasama lebih jitu dalam kalangan jentera kerajaan dalam mendukung dan memperjuan­gkan hak asasi manusia.

“Penubuhan jabatan ini mencermink­an iltizam kerajaan dalam mengaruspe­rdanakan dan menginstit­usikan hak asasi manusia dalam struktur kerajaan. Ini memerlukan sebuah agensi peneraju dan JITN akan berperanan melakukan transforma­si yang perlu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia