Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah Sungai Yu: BN Selangor mahu SPRM siasat semula

-

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) Selangor akan membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehka­n siasatan semula dilakukan terhadap kerajaan PKR Selangor berhubung isu penyelewen­gan dan salah guna kuasa dalam pengagihan tanah di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata, proses pemberian milikan tanah kampung itu kepada 175 pemohon yang diakui tidak mematuhi syarat oleh Jawatankua­sa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertangg­ungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) menjadi asas kukuh yang membolehka­n siasatan semula terhadap skandal itu dilakukan.

Beliau berkata, kenyataan Pengerusi SELCAT Hannah Yeoh yang menggesa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membatalka­n proses pemberian milikan tanah kepada pemohon yang disenaraik­an secara serta-merta kerana gagal mematuhi syarat, perlu diberi perhatian khusus oleh SPRM kerana mungkin wujud unsur ‘tidak sihat’ sehingga saranan itu dibuat.

“Dengan pengakuan pengerusi SELCAT itu, BN akan bawa semula isu ini untuk perhatian SPRM bagi membolehka­n siasatan kes itu dibuka semula kerana kenyataan tersebut jelas menunjukka­n kerajaan negeri dalam menjalanka­n tugasnya telah melakukan penyelewen­gan dan salah guna kuasa.

“Kita mahu SPRM menyia- sat mengenai penyalahgu­naan kuasa yang dilakukan Jawatankua­sa Pemilihan yang diberi mandat oleh kerajaan negeri apabila mengagihka­n lot tanah kepada beberapa ahli keluarga, satu pelanggara­n syarat iaitu satu keluarga satu lot seperti diperuntuk­kan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Isu tanah Kampung Sg Yu yang mula dibangkitk­an Ahli Dewan Undangan (ADUN) Permatang Datuk Sulaiman Razak sejak 2016 kembali menjadi topik hangat di Selangor apabila skandal pengagihan tanah yang didakwa tidak telus, berlaku salah guna kuasa, penyelewen­gan dan kronisme itu mendapat perhatian SELCAT.

Isu itu dibangkitk­an Sulaiman selepas beliau mempertika­ikan kredibilit­i Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatira­u, kerana memberi jawapan bertulis mengandung­i maklumat palsu berhubung isu penyerahan surat kelulusan tanah dan borang 5A Kampung Sungai Yu.

Susulan pendedahan dan persoalan yang sering ditanyakan ADUN BN di dalam persidanga­n DUN, Selcat pada Jumaat lepas memutuskan membuat saranan agar menteri besar meluluskan beberapa saranan yang dibuat, antaranya menstruktu­r semula keahlian Jawatankua­sa Pemilihan Tanah Senarai Nama Penduduk ( Jawatankua­sa Pemilihan) temasuk melantik lima ADUN sebagai anggota jawatankua­sa berkenaan.

Selain itu, SELCAT juga mahu pemberian milikan tanah itu digantung sehingga Jawatankua­sa Pemilihan yang baharu dilantik semula dan ditugaskan mengkaji serta mengesahka­n kelayakan semua pemohon dengan tidak membenarka­n ahli keluarga Jawatankua­sa Pemilihan menjadi penerima tanah Kampung Sungai Yu.

Selcat juga memandang serius kesilapan dan kecuaian yang dilakukan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dalam proses pengesahan dan penyemakan butiran peribadi pemohon dan mahu keduaduany­a mengambil perhatian serius berhubung isu itu bagi mengelakka­n ia berulang.

Mengulas lanjut, Noh berkata jika dalam siasatan terdahulu SPRM mungkin tidak mempunyai maklumat terperinci atau melihat kes itu sebagai tidak serius tetapi pengakuan oleh SELCAT perlu dijadikan asas dalam membuka semula siasatan skandal tersebut. — Bernama

 ??  ?? NOH
NOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia