Utusan Borneo (Sarawak)

Jual tanah: Kerajaan Pulau Pinang tidak beri angka yang tepat

-

GEORGE TOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow semalam mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak memberikan angka yang tepat berhubung penjualan tanah yang dilakukan mereka di negeri itu.

Beliau berkata berdasarka­n rekod yang dikumpulka­n menerusi laporan media dan rekod rasmi kerajaan negeri, kerajaan DAP telah menjual 5,446.8 ekar (2204.24 hektar) sepanjang sembilan tahun memerintah negeri itu berbanding semasa era pentadbira­n BN yang menjual 3,661 hektar dalam tempoh puluhan tahun.

“Angka tidak akan berbohong. Rakyat Pulau Pinang kehilangan secara puratanya 1.7 ekar tanah (0.688 hektar) setiap hari sejak sembilan ta- hun yang lalu. Keluasan tanah itu boleh membina 204 unit rumah kos sederhana rendah yang berharga RM72,500 semasa tempoh pentadbira­n BN. Ini bermakna rakyat negeri ini telah kehilangan peluang untuk memiliki 204 unit rumah kos sederhana rendah setiap hari,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Katanya melihat pada angka itu, ia menunjukka­n seolaholah kerajaan negeri Pulau Pinang melaksanak­an jualan tanah ‘ jumbo’ yang turut melibatkan penjualan tanah di Taman Manggis, Bayan Mutiara, Gurney Drive, Peel Avenue dan Permatang Damar Laut.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini dilapor pernah membanding­kan bahawa kerajaan negeri era BN sebelum 2008 mengutip RM1.0586 bilion melalui penjualan 3,661 ekar tanah, manakala kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang pula hanya menjual 106.1 ekar tanah tetapi berjaya mendapat hasil lebih tinggi sebanyak RM1.1102 bilion.

Mengulas lanjut, Teng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh membanding­kan hasil yang mereka peroleh ketika ini dengan harga yang diperoleh BN ketika itu memandangk­an nilai tanah tidak lagi sama.

“Jadi, masa BN memerintah dahulu dari tahun 90-an hingga 2008, harga tanah pada waktu itu tidak setinggi sekarang, tidak bolehlah pihak kerajaan negeri membanding­kan hasil yang mereka terima sekarang dengan hasil yang BN terima ketika itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia