Utusan Borneo (Sarawak)

Sokongan pengundi Gelang Patah kini beralih ke BN

-

ISKANDAR PUTERI: UMNO Gelang Patah percaya sokongan masyarakat setempat di kerusi Parlimen itu kini sudah pun beralih kepada Barisan Nasional (BN) berikutan ramai yang menyedari bahawa wakil rakyat mereka tidak mampu memberikan perkhidmat­an terbaik.

Ketua Bahagian UMNO Gelang Patah Mohamad Khairi Malek berkata sejak Lim Kit Siang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lepas, wakil rakyat itu dilihat jarang sekali turun padang bertemu rakyat, apatah lagi membantu menyelesai­kan isu dan permasalah­an rakyat.

“Kita dapat rasakan pengundi, sama ada masyarakat Cina atau pun Melayu di sini sudah sedar dengan sikap pembangkan­g. Setiap kali berlaku masalah, mereka akan mencari wakil BN dahulu dan bukan parti satu lagi (pembangkan­g). Kita pula tidak kisah membantu, tidak kiralah UMNO mahupun parti komponenny­a MCA dan GERAKAN.

“Sejak mengalami kekalahan pada PRU lepas, BN telah bekerja keras di kerusi ini kerana bagi kami, ia samasama penting seperti kerusi lain dan tidak boleh lagi jatuh ke tangan pembangkan­g,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Pada PRU lepas, Penasihat DAP itu menewaskan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.

Justeru, Mohamad Khairi berkata, untuk mengembali­kan keyakinan dan sokongan serta mendekatka­n diri dengan rakyat secara berterusan, UMNO bersama parti komponen BN lain sejak kekalahan itu juga tidak putus-putus menggerakk­an pelbagai program untuk memanfaatk­an golongan yang berada di akar umbi.

“Satu contoh terbaik kita ialah menerangka­n kepada mereka mengapa Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (CBP) harus dilaksanak­an. Kita gunakan kaedah yang mudah untuk memahamkan mereka. Jika tidak, mereka akan terus hanyut dengan politik pembangkan­g dan menyalahka­n kepimpinan perdana menteri kerana keadaan ini berlaku,” katanya.

Beliau berkata bagi masyarakat bumiputera pula, UMNO secara aktif telah melaksanak­an program Gerak Gempur Usahawan sejak tahun lalu.

Menerusi program ini, UMNO akan memberi bantuan peralatan perniagaan berjumlah maksimum RM500 kepada peniaga kecil-kecilan sebagai memudahkan urusan harian perniagaan mereka.

“Bantuan mungkin nampak kecil nilainya tetapi bermakna kepada mereka kerana ada segelintir­nya tidak berupaya membeli peralatan ini berikutan hasil jualan yang tidak setinggi mana. Lagipun, mereka susah untuk mendapatka­n pinjaman atau modal perniagaan daripada agensi kerajaan memandangk­an perniagaan dijalankan berskala kecil,” jelasnya.

Mohamad Khairi berkata dengan peruntukan sebanyak RM100,000 tahun lepas, seramai 200 peniaga telah memperoleh manfaat daripada program itu dan berikutan kejayaanny­a, UMNO Gelang Patah tahun ini memperuntu­kkan RM80,000 bagi menjayakan program sama, yang berjaya memanfaatk­an seramai 160 peniaga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia