Utusan Borneo (Sarawak)

PFP desak polis ambil tindakan segera terhadap Zaid Ibrahim

-

GEORGE TOWN: Penang Front Party (PFP) mendesak polis menjalanka­n siasatan dan mengambil tindakan segera ke atas anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim berikutan tindakanny­a yang dilapor menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di laman Twitter pada 5 Dis lepas.

Pengerusi PFP Datuk Patrick Ooi berkata, perbuatan itu bukan sahaja satu penghinaan kepada Sultan Selangor malah biadap terhadap insitusi Raja-Raja Melayu.

“Sebagai seorang ahli politik dan peguam, beliau tidak sepatutnya mengeluark­an kenyataan sedemikian kerana ia jelas bertentang­an dengan Rukun Negara dan kami rakyat Malaysia tidak boleh berkomprom­i dengan tindakanny­a itu.

“Jadi PFP mengesa polis mengambil tindakan segera dengan menahan Zaid supaya siasatan terperinci dapat dijalankan lagipun masyarakat tidak perlukan seorang anggota politik seperti beliau, seorang yang biadap,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, semalam.

Turut membuat laporan polis bagi mendesak anggota DAP itu disiasat dan dikenakan tindakan ialah Ketua Pemuda PFP Liew Ee Jin.

Ooi berkata, kenyataan yang dikeluarka­n oleh Zaid itu juga boleh menimbulka­n ketegangan dan memecah-belah hubungan kaum selain berbaur hasutan yang dikhuatiri boleh mendorong rakyat Malaysia melakukan tindakan sama. — Bernama

Pihak MARA sendiri ada melakukan siasatan dalaman dan tindakan siasatan sudah diambil jadi tunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya. Datuk Dr Awang Adek Hussin Pengerusi MARA

Pengerusi MARA Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang arahan rasmi berhubung perkara itu.

“Mungkin ia hanya ‘rumors’ (khabar angin)...semuanya hanya desas-desus kerana secara rasminya tidak ada,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Polisi Perlindung­an Pemberi Maklumat Mara dan Ikrar Bebar Rasuah (IBR) di sini, semalam.

Pada 31 Jan lepas, MARA menggantun­g tugas Ahli Parlimen Ketereh itu sebagai pengerusi MARA dan PMB bagi membolehka­n audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan.

Pada 3 Feb lepas, Annuar memberi maklumat bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewen­gan dan salah guna kuasa sebagai pengerusi MARA.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM telah melengkapk­an siasatan kes Annuar berhubung isu penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan beberapa bulan lepas.

“Kertas siasatan telah siap dan telah dikemukaka­n kepada Timbalan Pendakwa Raya dan belum ada lagi keputusan.

“Pihak MARA sendiri ada melakukan siasatan dalaman dan tindakan siasatan sudah diambil jadi tunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Dalam pada itu, Azam berkata majikan yang men- genakan tindakan tidak wajar seperti buang kerja ke atas pekerjanya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010 iaitu membayar pampasan, mengambil pekerja terbabit bekerja semula atau boleh didakwa di mahkamah.

Terdahulu, kira-kira 600 kakitangan MARA melafazkan IBR dalam usaha menggerakk­an kesedaran seluruh pimpinan dan warga Mara tentang pentingnya menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa. Turut hadir, Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia