Utusan Borneo (Sarawak)

Istana Selangor akan keluarkan kenyataan pemulangan pingat oleh Dr M

-

KLANG: Istana Selangor dijangka mengeluark­an kenyataan berhubung laporan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah memulangka­n dua darjah kebesaran yang beliau terima daripada Sultan Selangor, termasuk anugerah tertinggi negeri itu.

“Kami akan mengeluark­an kenyataan sebaik sahaja kami mendapat kepastian bahawa pingat kebesaran itu sudah dipulangka­n,” kata setiausaha sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika ditemui pemberita selepas upacara penyampaia­n pingat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini semalam.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menerima dua pingat kebesaran daripada Sultan Selangor ketika itu pada 1978 dan 2003. Satu daripadany­a Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) (Kelas Pertama).

Dr Mahathir dilaporkan memulangka­n kedua- dua darjah kebesaran itu Khamis lepas, yang dipercayai mem- punyai kaitan dengan kemurkaan istana berhubung kenyataan beliau tentang masyarakat Bugis.

Isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga dilaporkan turut memulangka­n darjah kebesaran yang beliau terima daripada negeri itu.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata isu pemulangan darjah kebesaran negeri adalah antara Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah serta istana dan kerajaan negeri ini tidak mempunyai kaitan dengannya.

Berhubung kenyataan yang dibuat anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim terhadap Sultan Selangor, yang dianggap banyak pihak sebagai mempunyai unsur hasutan, Mohamed Azmin berkata istana telah menegur Zaid berkaitan kenyataann­ya itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia