Utusan Borneo (Sarawak)

City buru kemenangan bersejarah di Stadium Liberty

-

sama – kami menang di sini cakap tentang pengadil. Kami adalah pasukan yang jujur,” katanya. “Kami menguasai 75 peratus bola, bermakna kami sebenarnya mahu bermain. Kami datang ke sini dan melakukann­ya.’ Selepas menguasai separuh masa pertama, asakan demi asakan City membuahkan hasil pada minit ke-43 apabila tendangan sudut Kevin De Bruyne disempurna­kan oleh David Silva. United bagaimanap­un dihadiahka­n gol penyamaan pada minit akhir sebelum rehat apabila pemain pertahanan City, Fabian Delph gagal menolak bola dengan kemas, membolehka­n Marcus Rashford mencuri peluang untuk merembat bola ke pintu gol. United bagaimanap­un mengulangi kesilapan yang sama yang dilakukan oleh City pada minit ke-54 apabila tendangan percuma Silva sepatutnya dikelu dikeluarka­n dengan mudah oleh p e n y - e r a n g Romelu Lukaku tetapi bola tendangann­ya terkena pertahanan United,

C h r i s Smalling dan melambung ke arah Otamendi untuk melakukan penyudah.

Di Anfield, Liverpool membuka jaringan pada pertemuan ke-229 keduadua kelab berjiran menerusi rembatan cantik Mohamed Salah pada minit ke-42.

Ia adalah gol ke-13 Salah dari 12 perlawanan dan yang ke-19 beliau dalam semua pertanding­an musim ini tetapi Liverpool gagal men- cari gol untuk menamatkan saingan Everton.

Everton mengekalka­n permainan berdisipli­n dan akhirnya menerima tendangan penalti apabila Dejan Lovren merempuh Dominic Calvert-Lewin dalam kotak penalti.

Rooney, yang kembali ke kelab asalnya dari Manchester United pada bulan Julai, menjaringk­an gol pertama dalam kerjayanya untuk perlawanan berjiran Merseyside ini ketika berbaki 13 minit permainan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp naik berang dengan keputusan pemberian tendangan penalti.

“Saya tidak faham apa yang dilakukan oleh pengadil. Lovren tidak melakukan asakan,” kata Klopp.

“Jika anda fikir ia satu tendangan penalti, biarlah. Adakah pandangan saya mengubah apa- apa? Saya hanya mahu bersuara kepada mereka dengan sedikitpem­asedikit pemahaman tentang bola sepak.”

Pada perlawanan lain, gol penyamaan lewat Olivier Giroud memastikan Arsenal pulang dengan satu mata di Southampto­n selepas seri 1-1.

Arsenal kelihatan akan mengalami kekalahan kedua berturut- turut di tempat sendiri selepas tewas kepada Manchester United minggu lepas apabila Charlie Austin membuka jaringan buat Southampto­n seawal minit ketiga. Tetapi Giroud mengikat kedudukan ketika berbaki dua minit permainan dari umpanan Alexis Sanchez, tidak lama

l e p a s se- d i - m a s u - kkan sebagai pemain gantian. — AFP LONDON, England: Manchester City akan memburu sejarah apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu menentang Swansea City Rabu ini dengan pencabar lain terdesak untuk mengejar mereka.

Skuad kendalian Pep Guardiola memiliki kelebihan 11 mata dari pencabar terdekat, Manchester United selepas menang 2-1 di Old Trafford pada perlawanan Ahad lepas.

Gol kemenangan Nicolas Otamendi memastikan City menyamai rekod 14 kemenangan liga berturut-turut yang dicipta Arsenal.

City boleh mencipta rekod baharu dengan menewaskan Swansea di Stadium Liberty.

Tetapi Guardiola tidak mahu anak buahnya mendabik dada dengan baki 22 perlawanan masih perlu diharungi, terutama sekali dengan Swansea bersaing untuk mengelak penyingkir­an musim ini.

“Mereka lebih bermain de dengan bersungguh- sunggu guh berbanding kami kerana me mereka tidak mempunyai seba barang pilihan,” kata Guardio diola.

““Pada bulan Disember, ia mu mustahil untuk menjadi juara lig liga tetapi jurang mata kami ag agak meyakinkan.”

U United akan cuba bangkit sel selepas kekalahan pertama me mereka di Old Trafford selep lepas 41 perlawanan apabila me menanti kunjungan Bournemo mouth.

J Jika United kelihatan agak jau jauh dari City, juara bertah tahan, Chelsea pula lebih me membimbang­kan.

C Chelsea kini ketinggala­n 14 ma mata di belakang City selepas dik dikejutkan 1-0 di West Ham Un United sementara Liverpool, di tangga keempat, kini ku kurang 16 mata selepas seri 11-1 dengan Everton.

P Pengurus Chelsea, Antonio Co Conte mendakwa pasukanny nya tidak lagi berpeluang me mempertaha­nkan kejuaraan sel selepas tewas kepada West Ha Ham dan kapten pasuka kan, Gary Cahill mengakui me mereka harus bangkit pada pe perlawanan di Huddersfie­ld ha hari ini.

“Saya fikir kami tidak lagi bersaing (kejuaraan liga). Ia mengecewak­an,” kata be beliau. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL!: Otamendi melepaskan tendangan akrobatik untuk menjaringk­an gol kemenangan City pada aksi di Old Trafford, Manchester Ahad lepas.
— Gambar Reuters GOL!: Otamendi melepaskan tendangan akrobatik untuk menjaringk­an gol kemenangan City pada aksi di Old Trafford, Manchester Ahad lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? TIDAK PUAS HATI: Klopp (dua kanan) bertikam lidah dengan pengadil perlawanan, Craig Pawson (dua kiri) selepas tamat perlawanan di Anfield, Liverpool Ahad lepas.
— Gambar Reuters TIDAK PUAS HATI: Klopp (dua kanan) bertikam lidah dengan pengadil perlawanan, Craig Pawson (dua kiri) selepas tamat perlawanan di Anfield, Liverpool Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia