Utusan Borneo (Sarawak)

Gol jaringan Suarez, Messi pastikan Barca kembali cipta kemenangan

-

MADRID, Sepanyol: Barcelona mengembali­kan kelebihan lima mata di singgahsan­a La Liga Sepanyol selepas Luis Suarez dan Lionel Messi menjaringk­an gol pada 20 minit terakhir untuk menewaskan Villarreal 2-0 Ahad lepas.

Pemain Villarreal, Daniel Raba, dilayangka­n kad merah pada minit ke-60 kerana terjahan keras ke atas Sergio Busquets dan kelebihan seorang pemain memberi peluang kepada Barca.

Asakan demi asakan akhirnya menghasilk­an gol apabila Suarez membuka jaringan sebelum Messi melengkapk­an jaringan untuk membolehka­n Barca kembali mencipta kemenangan selepas seri dengan Valencia dan Celta Vigo.

“Dalam separuh masa kedua, selepas penyingkir­an pemain mereka, kami mempunyai lebih banyak peluang untuk menang,” kata Suarez.

“Mereka bermain dengan sangat baik dari segi taktik dan kami tidak cukup berkesan tetapi dalam separuh masa kedua, kami bermain dengan mentaliti yang berbeza untuk mengutip tiga mata penuh.”

Valencia kekal pencabar terdekat Barca dengan kekal kurang lima mata tetapi Atletico Madrid mengekalka­n saingan selepas menewaskan Real Betis 1-0 untuk kekal enam mata di belakang Barca.

Real Madrid pula kurang lapan mata di belakang di tangga keempat dan Barca.

Barca menanti kunjungan Deportivo la Coruna minggu hadapan sementara Real Madrid tidak bermain kerana beraksi dalam Piala Kelab Dunia di Abu Dhabi.

“Saya akan lebih tenang apabila musim ini berakhir dan kami telah memenangi segala-galanya,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde ketika bercakap tentang kelebihan mata pasukannya.

“Masih ada banyak lagi perlawanan tetapi menang di tempat seperti ini adalah penting.”

Apa yang pasti, Barca seri pada dua perlawanan liga di Villarreal tetapi hampir memulakan perlawanan dengan baik apabila tandukan Gerard Pique terkena palang seawal minit keempat.

Bagaimanap­un, penguasaan Barca dikawal rapi oleh Villarreal sebelum rehat dengan pasukan tuan rumah bermain secara serangan mengejut.

Bagaimanap­un, penyingkir­an Raba menyebabka­n Villarreal terpaksa meningkatk­an lagi tahap kawalan pemain sebelum kelicikan Messi mengumpan bola menghasilk­an gol pembukaan Suarez untuk gol ketujuh beliau musim ini.

Messi melengkapk­an jaringan tujuh minit sebelum tamat permainan dari umpanan Busquets. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GANDINGAN MANTAP: Messi meraikan jaringanny­a bersama Suarez ketika membantu Barca menewaskan Villarreal pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium La Ceramica pada Ahad lepas.
— Gambar AFP GANDINGAN MANTAP: Messi meraikan jaringanny­a bersama Suarez ketika membantu Barca menewaskan Villarreal pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium La Ceramica pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia