Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp mempertaha­n pemilihan skuadnya selepas seri di Anfield

-

LONDON, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mempertaha­nkan pemilihan skuadnya selepas Everton mengikat kedudukan 1-1 pada lewat perlawanan Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Klopp melakukan enam pertukaran dari kesebelasa­n utama yang membelasah Spartak Moscow 7-0 untuk perlawanan Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu, meletakkan Philippe Coutinho dan Roberti Firmino di bangku simpanan pada perlawanan di Anfield.

Dominic Solanke membuat penampilan kesebelasa­n utama yang kedua beliau dalam liga.

Liverpool menguasai permainan dan Mohamed Salah membuka jaringan sebelum rehat sebelum beliau kemudian diganti dengan Firmino pada minit ke-67.

Coutinho, yang menjaringk­an hatrik ketika menentang Spartak, dimasukkan menggantik­an Alex Oxlade-Chamberlai­n pada minit ke- 78, seminit selepas kapten Everton, Wayne Rooney mengikat kedudukan dari satu tendangan penalti untuk gol pertama beliau dalam perlawanan berjiran Merseyside.

“Ia tugas saya, membuat keputusan sebelum saya tahu ia betul,” kata Klopp ketika ditemu bual oleh penyiaran Sky Sports.

“Dan selepas itu, ia tugas anda untuk berkata saya tidak betul, tiada masalah dengan perkara ini.

“Ya, saya pasti ia adalah keputusan tepat. Kami menggantik­an Roberto Firmino dengan Salah. Kami boleh menjaringk­an gol lagi sebelum itu, kami juga boleh menjaringk­an gol selepas itu, kami boleh menjaringk­an gol sepanjang masa. Kami menghabisk­an lebih banyak masa dalam kotak penalti mereka,” tambah beliau.

“Tetapi malangnya kami tidak melakukann­ya. Saya harus menerima tanggungja­wab ini dan tidak mempunyai masalah dengannya.”

Liverpool akan menentang pasukan di kelompok bawahan liga, West Bromwich Albion pada hari Rabu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia