Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Dunia 2018: Neuer yakin kembali cergas sebelum aksi pembukaan Jerman

-

BERLIN, Jerman: Kapten skuad kebangsaan Jerman, Manuel Neuer menegaskan beliau akan kembali cergas untuk membantu Jerman mempertaha­nkan kejuaraan Piala Dunia di Rusia tahun hadapan walaupun keraguan mengenai kecederaan kakinya.

Penjaga gol kelab Bayern Munich itu mengalami kecederaan rentak tulang kaki buat kali ketiga tahun ini pada bulan September dan tidak dijangka kembali menjalani latihan sehingga bulan Januari.

“Sayamenimb­angkan untuk membuat kemeja dengan tulisan ‘saya OK’ di hadapan, supaya orang tidak sentiasa bertanya tentang kedudukan saya,” kata beliau d e n - gan nada seloroh ketika ditemu bual oleh akhbar harian Jerman, Bild. “Sudah tentu, ia satu situasi yang bodoh apabila seorang atlet sukan mengalami kecederaan. Saya mahu bermain lagi, tetapi saya perlu berehat untuk memastikan semuanya OK.” Beliau mengakui masih memakai kasut pelindunga­n dan juga kayu topang tetapi berkata proses pemulihan beliau mengikut jadual dan juga akan kembali bersama Jerman pada perlawanan pertama Piala Dunia 2018 menentang Mexico di Moscow pad 17 Jun. “Saya sememangny­a yakin saya akan bermain di Piala Dunia dan pada pandangan saya, tiada apa yang menghalang penyertaan saya,” kata beliau. Kecederaan pertama beliau ialah di kaki kiri pada bulan Mac dan terpaksa menjalani pembedahan sebelum cedera di kaki yang sama pada bulan April ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Real, menyebabka­n beliau tidak beraksi selama empat bulan. Ketika ketiadaann­ya, penjaga gol kelab Barcelona, MarcAndre ter Stegen diturunkan dalam kesebelasa­n utama ketika Jerman memenangi Piala Konfederas­i pada bulan Julai sementara Sven Ulreich, anak didik Neuer di Bayern, tidak bermain kerana kecederaan ketika menewaskan Eintracht Frankfurt 1-0. Tom Starke, 36, penjaga gol ketiga Bayern, diturunkan menentang Frankfurt dan mungkin akan diturunkan sekali lagi menentang Cologne Rabu ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia