Utusan Borneo (Sarawak)

14 atlet petanque dipilih pada Kejohanan Petanque Peringkat Negeri wakili Sarawak

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Seramai 14 atlet petanque dipilih untuk membentuk skuad bayangan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan berlangsun­g di Perak pada 16 hingga 22 September 2018.

Atlet terpilih itu menyertai Kejohanan Petanque Peringkat Negeri Sarawak sempena pemilihan atlet SUKMA Perak 2018 kelmarin hingga semalam anjuran Persatuan Petanque Negeri Sarawak (PEPSAR) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) di Gelanggang Petanque Kelab Kidurong Bintulu ( KKB) di sini.

Atlet tersebut terdiri Dayang Nur Fathmaway Ahmad Tajudin, Sharifah Daniamalya­na, Nur Ridhwan Zulkipli, Mohd Hazim Azman, Abdul Halim Nordin, Ahmad Fardillah Brahim, Nuraza Sening, Siti Nur Soleha Osman, Nur Durratul Iffah Yazit, Nur Syahirah Sabri, Nur Durratul Hikmah Yazit, Mohd Azid Azmat, Mohd Farezzuddi­n Junaidi dan Mohd Zulkarnaia­n Zaidil.

Setiausaha Kehormat PEPSAR, Janudin Abdul Rahman berkata sebanyak 10 kontinjen dari seluruh negeri ini dengan setiap bahagian menghantar tujuh atlet lelaki dan tujuh atlet wanita menyertai kejohanan itu.

“Kami memilih atletatlet terbaik setiap tujuh kategori dipertandi­ngkan merangkumi perseorang­an lelaki, wanita, beregu lelaki, wanita, bertiga lelaki dan wanita serta beregu campuran,” katanya ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, atlet-atlet memenangi kejohanan ini dikategori skuad bayangan Sarawak ke SUKMA 2018 dan membuat pemilihan terakhir memastikan semua atlet mewakili Sarawak menyertai ujian pada perten-

Kami memilih atlet-atlet terbaik setiap tujuh kategori dipertandi­ngkan merangkumi perseorang­an lelaki, wanita, beregu lelaki, wanita, bertiga lelaki dan wanita serta beregu campuran. Janudin Abdul Rahman Setiausaha Kehormat PEPSAR

gahan Januari 2018 dan juara ujian itu bertemu dengan atlet Sukan Sarawak (SUKSAR) dan atlet-atlet elit.

“Semua acara sukan diadakan pada SUKSAR begitu juga dengan sukan petanque,” katanya sambil menambah pada 7 hingga 12 November lalu atlet Sarawak, Ahmad Zaim Zem terpilih pada Kejohanan Petanque Junior Antarabang­sa di China dan pada 7 hingga 12 Dis- ember pula dua lagi atlet Sarawak mewakili Malaysia iaitu Mohd Zakir Zul dan Alif Zayd Zen bersaing pada Kejohanan Petanque Junior ASEAN di Bangkok.

Sementara itu, Janudin dalam ucapannya berkata sejak persatuan petanque ditubuhkan di Sarawak pada 1997 yang kedua selepas Terengganu (1995) namun pasukan petanque Sarawak terus unggul dengan empat kali muncul sebagai atlet terbaik petanque di Malaysia.

Katanya, kejayaan itu dapat disaksikan apabila dua atlet petanque Sarawak mewakili Malaysia pada kejohanan peringkat antarabang­sa di Bangkok.

Jelasnya, untuk pertanding­an peringkat negeri di sini membabitka­n penyertaan 112 atlet termasuk jurulatih dan pengurus pasukan terdiri Miri, Bintulu, Sibu, Sarikei, Betong, Samarahan dan Kuching manakala Sri Aman, Limbang dan Serian tidak dapat menghantar pasuka atas masalah tertentu.

Perasmian penangguha­n kejohanan itu disempurna­kan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu, Teo Ho Ping yang mewakili Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Hadir sama Naib Presiden PEPSAR merangkap Ketua Pegawai dan Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Pemilihan Atlet SUKMA Perak 2018, Abang Shamsuddin Abang Ahmad dan Pegawai Menguasa MSNS Bahagian Bintulu, Aric Philbert.

 ??  ?? SKUAD BAYANGAN: Atlet petanque Sarawak yang terpilih membentuk skuad bayangan SUKMA 2018 yang akan berlangsun­g di Perak tahun depan. NEUER
SKUAD BAYANGAN: Atlet petanque Sarawak yang terpilih membentuk skuad bayangan SUKMA 2018 yang akan berlangsun­g di Perak tahun depan. NEUER
 ??  ??
 ??  ?? BEREGU: Teo menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori beregu lelaki sambil disaksikan Janudin (kanan) di Bintulu kelmarin.
BEREGU: Teo menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori beregu lelaki sambil disaksikan Janudin (kanan) di Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia