Utusan Borneo (Sarawak)

7 kategori dipertandi­ngkan sempena pemilihan atlet SUKMA Perak 2018

-

BINTULU: Tujuh kategori dipertandi­ng merangkumi perseorang­an lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, bertiga lelaki dan wanita serta beregu campuran pada Kejohanan Petanque Peringkat Negeri Sarawak sempena pemilihan atlet SUKMA Perak 2018 kelmarin hingga semalam.

Pemilihan itu anjuran Persatuan Petanque Negeri Sarawak (PEPSAR) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) di Gelanggang Petanque Kelab Kidurong Bintulu (KKB) di sini.

Kategori bertiga lelaki juara disandang Bintulu diwakili Mohd Azid Azmat, Mohd Farezzuddi­n Junaidi dan Mohd Zulkarnaia­n Zaidil. Naib juara Samarahan diwakili Farid Amirul Muhd, Muhd Azhraf Noorudin dan Suharmin Sulaiman.

Manakala tempat ketiga diraih Betong terdiri Hani Durrani Mohd Salihin, Mohd Afif Fadhlullah Musa dan Mohd Alfeed Haikal Masu’ud.

Juara perseorang­an lelaki menjadi milik Nur Ridhwan Zulkipli (Sarikei), naib juara diraih Abdul Rahman Mohd Nasir (Betong) dan ketiga Muhd Fakrun Nai Daud (Kuching).

Diikuti juara beregu lelaki ialah Mohd Hazim Azman dan Abdul Halim Nordin (Kuching), naib juara Danial Ridzuan Hinsan dan Fadhlan Arsyad Shamsuri (Miri) dan tempat ketiga Abang Aryaan Akashah Abang Mohd dan Mohd Hairul Rizal Mohrad (Sarikei).

Selain itu, juara kategori beregu wanita pula ialah Nuraza Sening dan Siti Nur Soleha Osman (Kuching), naib juara Nurshahfin­a Mohd Harian dan Nadazilla Ibrahim (Bintulu) serta ketiga diraih Nur Rafidah Ibrahim dan Hussna Nazzyierra Jasmi (Miri).

Seterusnya juara kategori bertiga wanita diraih Nur Durratul Iffah Yazit, Nur Syahirah Sabri dan Nur Durratul Hikmah Yazit (Kuching), naib juara Claudia Bayan Thomas Tugang, Manggin Linggi dan Sophia Beraji Sila (Miri) serta tempat ketiga disandang Dayang Nurul Izzah Abang Misbahhudd­in, Ani Hafiffy Anil Yakin dan Suhaya Zffandi (Betong).

Juara beregu campuran Ahmad Fardillah Brahim dan Dayang Nur Fathmaway Ahmad Tajudin (Betong), naib juara Ahmad Anas Abu Samah dan Natasha Mohd Sukri (Kuching) dan ketiga Rollin Akau dan Vanessa Jara Kusmas (Sibu).

Perseorang­an wanita, juara diraih Sharifah Daniamalya­na (Sarikei), naib juara ialah Nur Sahfiqah Ahmad Zaidi (Betong) dan ketiga Nurizzah Saed (Kuching).

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu, Teo Ho Ping mewakili Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia