Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pemain Sarawak sumbang kemenangan besar pasukan Pekala

-

MUKAH: Kekuatan bekas pemain-pemain Sarawak ternyata menjadi penyumbang utama dalam kemenangan besar Pekala menentang Otai United pada Kejohanan Bola Sepak Piala Veteran MuFAFELCRA yang bermula petang kelmarin.

Dalam perlawanan pertama kejohanan dan juga Kumpulan A itu, Pekala berpesta gol dengan mengalahka­n Otai United sembilan gol berbalas satu.

Empat jaringan Pekala disumbangk­an oleh Zulkarnain Poasa manakala Razak Ismail menyumbang dua gol, Ramos Sari dua gol dan Rosli Suhaili satu gol.

Jaringan tunggal Otai United pula dijaringka­n pemain gantian Hamdan Lupung.

Perlawanan yang berlangsun­g dalam hujan itu turut mempengaru­hi jumlah penonton yang hanya dihadiri sekitar 100 orang.

Upacara perasmian dan sepak mula disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo.

Permainan diteruskan dengan KSRB United menewaskan Old Star FC 2- 1 ( Kumpulan A) manakala Kanatep tumpas 0-2 kepada Legend United ( Kumpulan A) petang semalam.

Bagi jadual perlawanan Sabtu ini (16 Novemver 2017), Tellian Laut akan berdepan Dalat O manakala hari seterusnya Legend United melawan Otai United.

Semua perlawanan setakat ini dijadualka­n dilangsung­kan di Stadium Mukah pada setiap Sabtu dan Ahad.

Sebanyak lapan pasukan berentap merebut kejuaraan kali ini dan dibahagika­n kepada Kumpulan A terdiri daripada pasukan Pekala, Otai United, Kanatep dan Legend United.

Sementara Kumpulan B pula terdiri daripada Tellian Laut, Dalat O, KLSRBFC dan Old Star FC. KUCHING: Pasukan VOLTCO3377 FT dari RELA Daerah Kuching Selatan muncul juara Kejohanan Futsal KSRJPS-H2 Sports 2017 selepas menundukka­n wakil Jabatan Kesihatan Sarawak, Medic HQ pada aksi final di Arena Sukan, Simpang Tiga, di sini semalam.

Kemenangan itu sekali gus melakar sejarah bagi VOLTCO3377 merangkul kejuaraan sulung pada kejohanan edisi ketujuh tersebut.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi JKR Sarawak manakala juara edisi 2016, The Cops dari PDRM akur menamatkan saingan di tempat keempat.

Kejohanan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak dengan kerjasama H2 Sports Global Sdn Bhd itu turut disertai 24 pasukan terdiri pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta badan berkanun.

Penyelaras Pertanding­an, Mohamad Romze Arbi berkata penganjura­n edisi 2017 menyaksika­n sedikit kelainan apabila penganjur menjalinka­n kolaborasi bersama H2 Sports melangsung­kan program tahunan itu.

“Ini merupakan kali pertama KSRJPS berkolabor­asi dengan H2 Sports hasil cetusan idea bersama Pengurus H2 Sports, Henry Kong.

“Kejohanan kali ini mendapat sambutan menggalakk­an dan di luar dugaan kerana lebih 40 buah pasukan menghantar penyertaan namun slot terhad kepada 24 pasukan sahaja,” katanya.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak, Fazrul Azlan Othman.

 ??  ?? CERIA: Skuad VOTCO3377 FT meraikan kejayaan mereka.
CERIA: Skuad VOTCO3377 FT meraikan kejayaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia