Utusan Borneo (Sarawak)

212 peserta sekitar Mukah sertai ‘N.57 Tellian Fun Run 2017’

-

MUKAH: Seramai 212 peserta sekitar Mukah menyertai ‘N.57 Tellian Fun Run 2017’ pagi semalam bermula dan berakhir di Padang Kampung Tellian.

Larian dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu kategori A larian lima kilometer untuk pelajar, dewasa dan veteran, kategori B larian 10 kilometer untuk terbuka lelaki, manakala kategori C larian tujuh kilometer untuk terbuka wanita.

Kategori A pelajar dimenangi oleh Samuel Ling diikuti tempat kedua Joe Chim Jerome dan tempat ketiga Feddallist­er Fernandez.

Untuk dewasa pula, ia dimenangi oleh Ragis Ismail, naib juara Hadev Emirraiyan Ehima dan ketiga Shaifulki Nizam Perum.

Bagi veteran kategori A, tempat pertama ialah Kushairi Julaihi, diikuti Sunsick Udeh di tempat kedua dan James Anthony, ketiga.

Semua pemenang untuk kategori A mendapat hadiah berupa hamper serta medal.

Kategori B dimenangi oleh Mohd Firdaus Abdul Rahman meraih wang tunai RM500 serta medal, tempat kedua Sharul Shafawi Mat Jusoh (RM300 serta medal), manakala tempat ketiga dimenangi oleh Aswari Mustaffa dengan wang tunai RM200 serta medal.

Tempat keempat hingga ke-10 bagi kategori B turut menerima wang tunai RM50 berserta medal.

Untuk kategori C, Tho Siaw Kim muncul juara menerima wang tunai RM400 serta medal, naib johan Ling Mee Eng (RM250 berserta medal) dan tempat ketiga dimenangi oleh Joanna Eng membawa pulang RM150 serta medal.

Tempat keempat sehingga ke-10 katogori C turut mendapat hadiah wang tunai RM50 berserta medal setiap seorang.

Sebelum acara utama larian dimulakan senamrobik untuk regangan bermula jam 7 pagi.

Acara pelepasan disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo.

Turut hadir bekas ADUN Lambir, Datuk Aidan Wing serta pengerusi penganjur ‘N.57 Tellian Fun Run 2017’, Ronny Stephen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia