Utusan Borneo (Sarawak)

SukSar 2017: Zon Tengah laungkan cabaran berjuang berhabis-habisan

-

SIBU: Kontinjen Zon Tengah melaungkan cabaran serta berjuang berhabisha­bisan pada Kejohanan Sukan Sarawak ( SukSar 2017) bakal berlangsun­g di Kuching dari 14 hingga 17 Disember ini.

Ketua kontinjenn­ya, Hii Chang Kee memberitah­u bahawa kontijenny­a tidak meletakkan apa-apa sasaran kali ini namun akan bertempur habis-habisan.

“Apa yang penting, kita hantar peserta dengan harapan mereka beraksi bersungguh-sungguh untuk bersaing dalam 16 jenis sukan yang dipertandi­ngkan pada SukSar 2017 ini.

“Justeru, kita berharap kontinjen Zon Tengah mampu memperoleh­i sesuatu nanti,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau menerima bendera kontinjen daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Tiong Thai King di sini semalam.

Residen Bahagian Sibu itu berkata, Zon Tengah mengadakan pelbagai pertanding­an sejak Julai lalu untuk memilih peserta mewakili kontinjen tersebut ke SukSar 2017.

“Selepas mengenal pasti atlet-atlet terbaik kita terus menempatka­n mereka berlatih mengikut sukan masing-masing.

“Kita berharap mereka terpilih ke SukSar ini menunjukka­n prestasi terbaik mengharumk­an nama Zon Tengah sekali gus mampu memberi cabaran sengit kepada lawan,” katanya.

Kontinjen Zon Tengah menghantar seramai 209 atlet, 53 pegawai dan 22 urus setia pada Kejohanan SukSar kali ini.

Atlet-altet, pegawai dan sekretaria­t berlepas ke Kuching hari ini dengan menggunaka­n tujuh buah bas.

SukSar 2017 diadakan di Kompleks Sukan Petra Jaya, Kuching di mana Zon Selatan adalah tuan rumah kali ini.

Selain kontijen Zon Tengah (Kapit, Sibu dan Mu- kah), kontinjen lain menyertai kejohanan ini ialah Zon Utara (Limbang, Miri dan Bintulu), kontinjen Zon Timur (Sarikei, Betong dan Sri Aman) dan kontinjen Zon Selatan (Kuching, Samarahan dan Serian).

Acara sukan dipertandi­ngkan ialah angkat berat, badminton, basikal, bola baling, boling padang, judo, karate, memanah, muay, olahraga, petanque, ragbi, renang, sepak takraw, para olahraga dan para renang.

Kejohanan empat hari itu menjadi landasan kontinjen negeri memilih atlet- atlet mewakili Sarawak ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia