Utusan Borneo (Sarawak)

Brandon Daby ungguli BOTS kategori kontempora­ri Festival Sape Belia Borneo

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Brandon Daby dari Saratok telah mengunggul­i Battle Of The Sape (BOTS) kategori kontempora­ri sempena Festival Sape Belia Borneo (BYSF) diadakan di Kampung Budaya 1Malaysia di sini baru-baru ini.

Naib johan disandang Nanang William dari Sibu manakala pasangan David Fernandez dan Howard Deri dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memenangi tempat ketiga.

Luiz Fernandez dari Kapit sekadar memenangi hadiah saguhati pada kategori tersebut.

Sementara itu, bagi kategori tradisiona­l ia diungguli Jefffery Badang dari Kanowit sementara naib johan disandang oleh David Fernandez dari Pontianak, Indonesia.

Hanya dua peserta sahaja berentap dalam kategori tradisiona­l pada BOTS yang julung kalinya diadakan ini.

Bagi kategori kontempora­ri, ia telah disertai seramai lima peserta di mana dua peserta adalah berkumpula­n.

Kategori kontempora­ri adalah lebih kepada petikan sape moden untuk lagu manakala tradisiona­l adalah lebih kepada petikan sape untuk ngajat.

Para pemenang masingmasi­ng menerima hadiah wang tunai, piala, sijil dan madu kelulut yang merupakan barangan tajaan.

Peserta diadili oleh Jerry Kamit, Saufi Aiman Yahya dan Eugene Kuek untuk kategori kontempora­ri manakalan kategori tradisiona­l dihakimi oleh Mathew Ngau, Solomon Gau dan Jimpau Balan.

Hadiah-hadiah disampaika­n oleh Presiden Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) Alexander Frederick Diglin dan Timbalan Pengerusi Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) Robin Albert Bennet.

Hadir sama ialah Pengerusi KSDS Anthony Abong yang juga merupakan pengerusi jawatankua­sa penganjur BOTS.

BYSF yang julung kalinya diadakan ini adalah anjuran Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) dengan kerjasama Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS).

Objektif penganjura­n BYSF ini adalah sebagai menyambut ulang tahun kelima PEBEDAS dan juga menyokong Tahun Melawat Sibu 2017 dalam usaha menjadi Sibu sebagai destinasi utama untuk penganjura­n festival tersebut.

 ??  ?? MARTABATKA­N SAPE: Peserta merakamkan kenangan bersama barisan juri, penganjur dan penaja selepas berakhirny­a BOTS sempena BYSF di Sibu, baru-baru ini.
MARTABATKA­N SAPE: Peserta merakamkan kenangan bersama barisan juri, penganjur dan penaja selepas berakhirny­a BOTS sempena BYSF di Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia