Utusan Borneo (Sarawak)

Rangka kerja penyelesai­an mata wang pelengkap kerjasama Malaysia, Thailand dan Indonesia

-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n Rangka Kerja Penyelesai­an Perdaganga­n Mata Wang Tempatan antara Bank Negara Malaysia ( BNM) - Bank Indonesia (BI) dan Bank of Thailand ( BOT) serta pengembang­an Rangka Kerja BNM-BOT akan melengkapi kerjasama sedia ada negara-negara terbabit yang berkongsi objektif dan aspirasi sama.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ketiga-tiga rangka kerja berkenaan iaitu rangka kerja rupiah- ringgit dan bahtringgi­t yang diperluask­an, akan berkuat kuasa mulai 2 Jan, 2018.

Beliau turut menyifatka­n Indonesia dan Thailand sebagai rakan penting untuk Malaysia di rantau ini, baik dari segi perdaganga­n dan pelaburan langsung yang menyaksika­n kepesatan pertumbuha­n itu dipacu oleh kaitan antara syarikat sera pelaburan rentas sempadan.

“Pada 2016, jumlah dagangan dua hala Malaysia dengan Indonesia sebanyak AS$13.8 bilion ( AS$ 1= RM4.08) manakala dengan Thailand mencecah AS$13 bilion.

“Bagaimanap­un, hanya 5.8 peratus dan 11.4 peratus daripada dagangan kita dengan Indonesia dan Thailand yang membabitka­n mata wang tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Muhammad berkata keadaan sama turut melibatkan aspek pelaburan yang menyaksika­n Malaysia membuat pelaburan langsung masing- masing sebanyak AS$13 bilion dan AS$2 bilion ke Indonesia dan Thailand pada suku kedua 2017.

“Ini merupakan peluang perniagaan yang besar bagi sektor kewangan yang menunggu masa untuk direalisas­ikan,” katanya.

Muhammad berkata, menerusi penguatkua­saan tiga rangka kerja itu juga, negara-negara tersebut berjaya mencapai kemuncak inisiatif serantau baharu membabitka­n pelaksanaa­n penyelesai­an rentas sempadan dalam mata wang tempatan bagi perdaganga­n dan pelaburan langsung.

“Kita menjangkak­an usaha itu akan diperkukuh­kan lagi, disokong oleh perdaganga­n intra-ASEAN yang mantap dan menyumbang sebanyak AS$521 bilion atau 23.5 peratus dalam jumlah dagangan pada 2016,” katanya.

Menurutnya, pada tahun lepas, pelaburan intraASEAN meningkat kepada AS$24 bilion dan menyumbang 25 peratus daripada aliran pelaburan langsung asing ke dalam rantau itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia