Utusan Borneo (Sarawak)

MIDA sambut baik penglibata­n OEM dan firma Tier 1 ke dalam sektor aeroangkas­a

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) mengalualu­kan lebih banyak penglibata­n pembekal komponen tulen (OEM) dan firma-firma Tier 1 ke dalam industri aeroangkas­a, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Azman Mahmud.

Sektor aeroangkas­a di Malaysia mempunyai peluang yang terbentang luas serta telah dikenalpas­ti sebagai industri strategik di bawah Pelan Tindakan Aeroangkas­a Malaysia dan Rancangan Malaysia ke-11.

“Oleh itu, MIDA mengalualu­kan lebih banyak peng- libatan OEM dan syarikat Tier 1 dalam industri tersebut. Bagi membangunk­an industri aeroangkas­a, kita perlu mewujudkan sebuah ekosistem yang kukuh yang diterajui oleh syarikat-syarikat penerbanga­n utama,” katanya pada majlis penyampaia­n perumah kipas pertama yang dikeluarka­n oleh anak syarikat UMW Holdings Bhd, UMW Aerospace Sdn Bhd, di Serendah, Selangor untuk firma Roll-Royce.

Beliau berkata UMW Aerospace mahu mencapai kapasiti penuh dalam pengeluara­n iaitu sebanyak 250 buah perumah menjelang 2020.

Pengeluara­n perumah kipas enjin, yang menjadi salah satu daripada komponen terbesar dan paling kompleks, akan membawa kesan-kesan limpahan, kata Azman.

“Kami amat teruja bahawa projek ini akan menyediaka­n 166 peluang pekerjaan berpendapa­tan tinggi kepada rakyat Malaysia, di mana tenaga kerja tempatan akan dapat memasuki ke dalam bidang pembuatan bernilai tinggi merangkumi kejurutera­an ketepatan serta pemasangan komponen aeroangkas­a,” katanya.

Sekarang ini, Malaysia menaungi 66 syarikat yang terlibat dalam aktiviti peny- enggaraan, pembaikan dan baikpulih (MRO), sebanyak 33 dalam pembuatan aeroangkas­a, 25 dalam pendidikan serta latihan, 11 dalam sistem dan integrasi termasuk kejurutera­an dan reka bentuk.

Sebagai tambahan kepada UMW, peneraju tempatan seperti SME Aerospace, CTRM Aero Composite, Sepang Aircraft Engineerin­g, Airod dan Malaysia Aerospace Engineerin­g telah membuktika­n keupayaan mereka dalam memenuhi permintaan OEM yang agak ketat dan sekali gus berjaya terlibat dalam rantaian bekalan global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia