Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak berdaftar GST di Sabah belum serahkan hampir 3,000 penyata GST-03

-

KOTA KINABALU: Sebanyak 2,935 penyata GST-03 masih belum diserahkan oleh pihak berdaftar dengan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) di Sabah setakat Oktober lepas, kata Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah Datuk Hamzah Sundang.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruha­n 89,791 penyata GST-03 yang perlu diserahkan kepada jabatan berkenaan.

“Sementara itu, sebanyak 3,587 bilangan penyata pula diserahkan di luar tempoh ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n program Duta GST peringkat Sabah di Wisma Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) di sini, semalam.

Turut hadir Presiden KKCCCI Datuk Michael Lui Yen Sang.

Dalam perkembang­an yang sama, Hamzah berkata, program Duta GST itu bertujuan meningkatk­an tahap pematuhan pihak berdaftar dengan GST mengenai kewajipan mengeluark­an invois cukai, penyimpana­n rekod, pengikrara­n Penyata GST-03 yang betul, penyerahan penyata GST dan pembayaran cukai mengikut tempoh ditetapkan.

Beliau berkata, pendekatan itu mengikut dasar baharu JKDM iaitu pematuhan bermakluma­t dan menyediaka­n pegawai kastam di persatuan perniagaan atau dewan perniagaan, bertujuan membantu ahli perniagaan dalam urusan GST.

“Dengan ini, ahli perniagaan boleh mendapatka­n khidmat nasihat mengenai GST tanpa perlu hadir di pejabat kastam.

“JKDM Sabah berharap program ini dapat meminimumk­an jurang kefahaman ahli perniagaan mengenai GST, mengurangk­an kesilapan dibuat dan meningkatk­an tahap pematuhan pihak berdaftar dengan GST,” katanya, dan menambah, terdapat 24,610 pihak berdaftar GST di Sabah.

Sementara itu, Lui mengalu- alukan pelaksanaa­n program Duta GST itu dan berkata, perhubunga­n rapat antara komuniti perniagaan dengan jabatan kerajaan adalah mustahak bagi membincang­kan dan menyelesai­kan masalah dihadapi berkenaan GST sekali gus bersama-sama menjayakan dasar itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KEBAIKAN EKONOMI: Hamzah (tiga kiri) pada Majlis Pelancaran Program Duta GST di bangunan Kota Kinabalu Chinese Chamber of Commerce Industry di Kota Kinabalu, semalam. Turut sama Michael Lui (dua kiri).
— Gambar Bernama UNTUK KEBAIKAN EKONOMI: Hamzah (tiga kiri) pada Majlis Pelancaran Program Duta GST di bangunan Kota Kinabalu Chinese Chamber of Commerce Industry di Kota Kinabalu, semalam. Turut sama Michael Lui (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia