Utusan Borneo (Sarawak)

89 finalis akan bertanding pada Anugerah Permulaan ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Seramai 89 finalis daripada 10 negara ASEAN akan bertemu pada peringkat akhir Anugerah Permulaan Rice Bowl ASEAN (Rice Bowl) pada 13 Dis depan yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawan­an Global (GEC).

Yayasan Usahawan Baru (MyNEF), berkata usahawan permulaaan serantau yang disenarai pendek itu akan berpeluang untuk mewakili Asia Tenggara dalam Anugerah Permulaan Global pada tahun depan.

“Anugerah tersebut memberi pengiktira­fan kepada syarikat permulaan yang cemerlang, yang menyediaka­n penyelesai­an domestik serta mampan kepada isu-isu tempatan dengan inovasi bertaraf dunia, serta berpotensi besar untuk dikembangk­an pada peringkat serantau,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyNEF dan Pengerusi Rice Bowl Lilyana Latif, berkata anugerah berkenaan telah menjadi gelanggang rasmi Asia Tenggara sebelum pergi ke Anugerah Permulaan Global, jenama ‘Rice Bowl’ kini telah menjadi sinonim sebagai platform yang dihormati oleh usahawan-usahawan permulaan serantau yang berkehenda­kkan akses pasaran, pembiayaan dan pendedahan media.

Sebagai sebahagian daripada manfaat kepada para pemenang, myNef akan menganjurk­an satu sesi Padanan Pelabur pada 12 dan 13 Dis ini bagi membolehka­n para finalis diberi peluang untuk bertemu dengan para pelabur.

“Pemenang juga akan dapat mengambil bahagian dalam program pertukaran merentas rantau dalam kawasan Asia Tenggara dan menghadiri festival Anugerah Permulaan Global yang lain,” kata Lilyana sambil menambah bahawa ini akan membolehka­n mereka untuk mengembang­kan rangkaian dan mengumpulk­an maklumat mengenai akses pasaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia